Walaupun esok hari cuti... cuti peristiwa pertama tahun 2010 selepas membalas dendam tiada cuti peristiwa diumumkan setelah selesai kejohonan Piala Thomas yang lalu, malam ni aku kena buat pelan tindakan untuk 2011. Merangkumi kerja dan tanggungjawab baik di rumah mahupun di pejabat. Aku bajet-bajet cukup 5 helai kertas A4 (depan belakang).
Tak sangka hari ni hari terakhir bekerja untuk tahun 2010. Walaupun dah ada beberapa orang sibuk apply cuti sebelum-sebelum ni, tiba-tiba semua cancel dan tunjuk rajin datang ofis padahal dah takde hati nak bekerja (termasuk aku!). Update Fesbuk lagi bagus... timeline twitter pun bergerak pantas mengalahkan progress kerja projek-projek yang aku pegang kat pejabat... takde misleading langsung! Aku balik rumah hari ni macam excited esok nak hari raya... mother tengok aku pelik. Aku pun pelik kenapa aku begitu excited. Giler satu hari jek lagi weh nak jejak 1.1.11 (confirm jadi tarikh pilihan si pengantin-pengantin baru kan? Tidak termasuk aku). Azam baru aku tak set lagi, tapi template bajet 2011 aku dah siap. Rasa-rasa rajin tak aku update nanti?
Member sepejabat dua orang dah chow... tiba-tiba aku jadi touching. Takpe aku gerenti diorang akan dapat sinar baru kat tempat baru.
Apa-apa hal pun, tahun 2011 kena sedia mental dan fizikal... tu mesti! Sebagai seorang single macam aku, lagi lah aku berdebar-debar kan... kesinambungan tahap debaran dengan 2011 biarlah entri-entri akan datang yang akan ceritakannya... (itu pun kalau aku rasa sempat nak cerita)
Hujung tahun semua sibuk dengan appraisal... aku dan beberapa geng semeja, tak lupa kasi bunga kepada bos... dengan kad ucapan berisi kandungan sangat manis dan penuh makna. Hujung tahun oiii... kena berbaik-baik dengan bos... kasi bunga, early gift! Praktikal paling smart!!!
Selamat tahun baru semua! Jangan tinggal solat, dan bawak-bawak lah berhenti beli keretek harga 10 ringgit tu ok!?
Setiap langkah penuh dengan harapan, setiap akal penuh dengan angan-angan. Selau berharap satu hari diam akan berubah menjadi hingar...dan berasa setiap bising itu takkan pernah membinasakan yang lain... dan sememangnya setiap itu hanya mampu dilakarkan sebagai rangkap-rangkap ayat yang diharapkan takkan pernah disalahertikan.
Thursday, December 30, 2010
Tuesday, December 14, 2010
ADA TAK SATU TOPIK SESUAI UNTUK ENTRI DI BAWAH?
Ada tak satu cara untuk bagitau pada seseorang yang kita tak suka dengan gaya perbualan mereka?
Sebab aku rasakan ada sesekali masa aku berbual lebih daripada norma tindak tanduk manusia biasa... aku tidak tapis cara bercakap, aku tidak kawal pergerakan tangan dan kaki, dan yang paling tidak menyedapkan perasaan orang lain... aku berbual dengan muka yang sinis... dan sebenarnya aku tidak sedikit pun rasa bosan untuk berbual dengan orang lain. Sebab aku seorang yang kuat berbual.
Tapi dalam masa yang sama aku rasakan mereka tidak senang dengan cara aku berbual
Ada tak satu cara kita dapat suarakan betapa kita terasa hati dengan percakapan orang lain pada kita?
Sebab kadang-kadang aku terasa dengan skrip perbualan yang dibualkan. Lebih-lebih lagi bila ianya merujuk kepada kecetekan otak kita berfikir dan ketidakmatangan kita bertindak. Paling tak menarik sekali bila kita dijadikan sebagai spesimen perbandingan dengan watak si anu. Terasa seperti looser kan
Ada tak satu cara kita tak perlu nak bercampur dengan orang lain di saat kita terperangkap dalam satu komuniti yang besar dan kita harus berada di situ?
Sebab aku selalu tercampur dek emosi dan khayalan bila aku ditempatkan di khalayak manusia yang tidak punya label perasaan dengan aku. Sama ada mereka terlalu gembira dan aku dalam complete disaster atau pun aku dalam keadaan terlebih gula dan mereka terlalu pasif untuk berkata "Ya".
Ada tak satu cara kita boleh berterus-terang pada orang yang kita betul-betul mahukan perhatian dan a shoulder to cry on?
Sebab aku rasakan aku terlalu lama bercakap sorang-sorang sebelum aku sedar aku sudah bermimpi. Kalau aku rekodkan semua yang aku katakan pada diri aku sendiri, dah bermusim-musim epilog dramatis kehidupan aku sebagai seorang manusia looser. Dan yang paling menyedihkan... setiap soalan aku tanya, aku cuba bagi skema jawapan sendiri... yang sama; cuma berubah pada gaya intonasi percakapan. Dan sampai kesekian harinya.... emosi itu tidak dapat langsung diluahkan.
Aku perlu larikan diri dari Fesbuk / Fesbuk itu adalah satu-satu jawapannya?

Thursday, December 09, 2010
WALK FOR GAZA
Aku tau... walau banyak mana pun provokasi... walau banyak mana pun kempen kesedaran dibuat, sifat azali si syaitan untuk menyesatkan kesemua umat nabi muhammad takkan pernah luntur. Dan hakikat sifat azali manusia juga, tersangat mudah untuk digoda dan tersangat payah untuk bertaubat. Kesedaran manusia selalunya terputik bila masa di saat nazak/dalam darurat/kemiskinan/tali gantung... selain daripada tu, biasanya manusia akan sentiasa terfikir "takpa ada masa lagi untuk bertaubat"!
Itu hakikat... memang hakikat.
Dan walau macam mana kita terus mencemuh kebinatanganbabi yang dibawa oleh seseorang manusia sehingga menampakkan kebodohanjingan yang sangat menjijikkan. Aku tak nafikan, si syaitan memang sentiasa menghasilkan outcome kerja terbaik untuk terus memporak-perandakan manusia. Hasilnya kita dapat lihat apa yang jadi pada dunia.
Kita sesama Islam sendiri masih belum bersatu, Tuan-tuan besar masih sembunyi di celah-celah meja emas waktu saudara kita yang lain terpekik terlolong menagih simpati. Budak-budak senang-senang digolongkan sebagai antara bahan buangan yang semestinya tidak boleh dikitar semula. Kalaulah otak manusia itu boleh ditimbang... agak-agak berapa berat kebebalan yang dikandung oleh setiap seorang? Kalaulah hati manusia boleh dipinjam lapah macam kopi tak warnanya?
Come on lah. Apa kita boleh buat untuk ubah persepsi manusia? Mungkin silap orang lama yang wujudkan TV/Radio/Internet dan segala jenis satelite yang diselitkan untuk penuhkan ruangan angkasa lepas yang menyebabkan penyampaian DRAMA secara tidak langsung kepada manusia. Terlalu banyak kumpulan berbeza pendapat menyatakan facts dan fiction tentang pelbagai isu yang tidak pernah terfikir dek akal. Perlu kah kita tahu statistik kematian semakin meningkat tahun demi tahun? Perlu ke kita dibayangi dengan muka-muka pengecut yang cuma berani bersumpah tidak akan menghancurkan kehidupan yang lain tapi masih perlukan karpet merah dan dipimpian puluhan bala tentara mengawasi setiap tubuh dirinya tidak kan dimamah dek hama?
Oh tuhan... walaupun aku kadang-kadang terlepas pandang dengan tanda-tanda awal kiamat yang telah Kau canang-canangkan dalam setiap kitab Mu, walaupun aku kadang-kadang lupa dengan setiap pesan nabi-nabi ku...
Terdetik dalam hati sesungguhnya Kau itu maha pengasih dan maha pengampun... dari Mu kami dijadikan dan kepada Mu juga kami dikembalikan.
Sucikanlah semula tanah mu yang dulu tempat asal nabi-nabi ku... dan sebarkanlah kebahagian itu sehingga ke seluruh pelusuk hutan yang mendengar lunak suara azan yang tidak pernah putus dek waktu.

Sunday, December 05, 2010
BEING A MODEL OR FINDING A ROLE MODEL?
Aku akui, fenomena peningkatan bilangan manusia yang minat dengan hobi fotografi sangat ekstrem sekarang. Mana-mana saja kita pergi, kita dapat lihat adegan-adegan ketaksuban mereka pada konsep abstraks dan neutral scene wajar dirakamkan dalam bentuk gambar statik dan lebih memberikan kesan apabila diambil dengan menggunakan kamera digital SLR berjenama. Ironinya, kamera tersebut bahkan menjadi salah satu aksesori pelengkap fesyen anak-anak muda dewasa ini apabila sentiasa disangkut di leher ataupung disangkutkan ke bahu. Sangat cool!
Cuba memahami minat dan hobi ekstrem tersebut, aku sentiasa mendekati beberapa orang rakan-rakan yang sanggup berhabisan duit demi kerana alatan canggih digital tersebut. Ada yang mengaitkan minat dengan ketuanan alam semulajadi, perlu dihargai; ada yang mengatakan minat itu datang dengan sendiri; ada yang mengatakan mahu tergolong dalam kumpulan mereka yang sentiasa berasa cool; dan yang mendatangkan faedah, menggunakannya sebagai sumber pendapatan...
Adakah hobi tersebut benar-benar datang kerana minat seperti mana yang sentiasa diperkatakan oleh jurufoto-jurufoto professional? Adakah benar apa yang mereka cuba rakamkan adalah moment-moment berharga dan sentiasa dianggap priceless?! Kalau betul, kenapa diorang ni tanpa rasa bersalah kenakan caj yang super mahal demi kerana berdasarkan kepada labelling diri mereka adalah seorang professional? Mahal sangat ke nilai hobi dan passion mereka sebagai seorang tukang ambil gambar? Tolak tepi persoalan editing dan album gambar pada aku bersifat ekstrem dan sofistikated...
Tak de ke dalam dunia ni manusia yang betul-betul buat kerja sebab passion dan bukan sebab duit dan publisiti weh?!
FUCKLAH! This is because why i hate reading magazine and watching TV. Terlalu ramai hypocrites!
& why i don't afford a fucking DSLR for my own untill now!
Subscribe to:
Posts (Atom)