Aku siap-siap nak pergi makan dengan si wani... tengah-tengah kami berjalan ke cafe, tiba-tiba ikram mencelah perjalanan kami.
"weh join makan!"
Aku dah wani angguk tanda membenarkan kehadiran ikram untuk duduk semeja makan bersama.
Sambil-sambil makan kami berborak ringkas... diselangi dengan luahan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan pengurusan kerja oleh bos. Semua jenis membuta tuli, tak ikut prosedur dan logik tugas... Ikram melenting bila asik-asik muka dia kena pergi outstation, wani pula tak puas hati bila sampai air kopi bos pun, dia yang kena bancuh padahal dia bukan setiausaha sulit bos, bilik dia selang 5 bilik dari bilik bos, pejadahnya bos panggil dia minta bancuhkan kopi? Aku syak, bos tu dah gatal minat kat dia. Aku macam biasa, jadi pendengar setia.
Tiba-tiba ikram mula cerita pasal isu persediaan majlis kahwin dia yang akan lansung 3 bulan dari sekarang. Kursus kahwin pun mamat sengal tu tak pergi lagi.
"Payah lah nak rancang, tunang aku tiap-tiap hari call, hujung minggi jek ajak shopping, aku pulak asik kena outstation!"
"Yelah dah korang tak lama lagi nak kahwin, kenalah kelam kabut sikit"
"Alah kenduri buat simple-simple dahlah"
"Simple-simple pun ade perancangan, bukannya korang nak kawin koboi"
"Ni sekarang ni, tunang aku merajuk, tak mau jumpa aku"
"Apasal"
"Aku tak ikut dia fitting baju kawin minggu lepas"
"Ermmm" ... aku dan wani gelak-gelak kecil
"Ikram, org pompuan ni, perasaan dia nisbah 9:1 dengan lelaki tau. Kalau masuk part kahwin, dia jadi excited, seronok, desperate, gementar, risau, sensitif... banyaklah! so, bila dia jek yang penat duk asik mengharapkan kau, tapi kau pulak asik buat dek fikir pasal kerja, datanglah perasaan ke-9 iaitu frust. dan biasanya kalau dah sampai tahap frust tu.. dia jadi merajuk tapi sebenarnya dia nakkan attention kau, tu jek" panjang lebar aku explain.
"Aku layan tunang aku tu, tapi takdelah sampai setiap hari asik nak tu nak ni. Pasal warna baju pun nak jadi isu"
"Biasalah, nak kawin, mesti nak perfect... seumur hidup sekali weh!"
"Kadang-kadang rasa semak, aku pun pening mana satu nak handle, ni minggu depan nak kena gi Sabah lagi"
"Kau cakaplah kat dia elok-elok, kau tu nanti nak jadi suami, kenalah pandai handle bini"
"ewah-wah kau, pandai betul kasi nasihat, kau tu apa citer? Duk dengar nak kawin tahun ni? Bila lagi?"
.....
"mamak, kasi kira, mamat kaya ni bayar semua!"
Aku terus blah, tinggalkan wani dan ikram terpinga-pinga di meja makan yang penuh dengan pinggan-pinggan kosong sisa makan tengah hari kami bertiga.
Celaka betul, berani dia tanya soalan tu kat aku time-time tengah hari panas macam ni?!
6 comments:
ye la cik adda...
nak tumpang tanya gak ni??
agak2nye bile nasik minyak yang terakhir aku kate dan eija dapat makan ni??
kompem nasik minyak ni gile grand dari kitorangnye!!
wakakak~
errr... tunggulah yek... tak lama lagi ade lah berita tu.
p/s: nasib baik pagi-pagi kau tanya soalan tu, so tak berapa panas sgt
jangan panas sangat beb...cuaca tengah hujan nih... aku tingin gak nk tanya... tp tak pa..kiv dulu...sbb kalau tanya cam tanya kat cermin...
ku tunggu kad mu...tahun ni??? nyum nyum...
hurm..bile lepak ngan kawan2 borak pasal kwen..mesti tanya sokalan tu..lagi la kalau hang pi majlis kawen..mesti kene tanya la~
jadi..lebih baik kalau pi kenduri arwah..mahupun ziarah kebumi org meninggal..sebab mengingatkan kita tentang mati..dan takkan ada soalan, "giliran ko bila plak?.."
:)
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment