Thursday, March 24, 2011

CERITA WAKTU REHAT MAKAN TENGAH HARI #2

Macam biasa aku tidak lengahkan waktu rehat makan tengah hari. Cepat aku mengajak beberapa rakan sepejabat untuk bergegas tinggalkan hiruk pikuk kesibukan kerja barang sejam dua. Kami pilih restoran yang menawarkan makanan melayu dengan lauk istimewa asam pedas.

Untuk aku sepinggan nasi, yang kononnya aku segan untuk suarakan kehendak "nak nasi lebih yek bang", sebab ada jejaka kacak beratur di belakang aku menunggu giliran; ditambah dengan semangkuk asam pedas ikan pari, 3 tangkai ulam tenggek burung dan sebukit kentang goreng rangup, sedikit cedokan sambal belacan. Memang sangat menyelerakan...

Makan tengah hari kami selitkan dengan perbualan-perbualan kosong, lebih kepada meluahkan ketidakpuashatian persekitaran kerja di pejabat. Isu mempersoalkan kewibawaan pemimpian dan ketua itu dah menjadi agenda utama picisan-picisan hina seperti kami yang sememangnya tidak percaya dengan konsep "boss can be bestfriend". Riuh rendah sudut restoran dengan suara kami... penuh emosi, penuh konterversi. Tulang si pari pun habis hancur aku kunyah (aku tak sedar pun sebenarnya). Mungkin sesi itu boleh juga dikategorikan sebagai konsep mengumpat, dan sebagai seorang yang aku rasakan innocent, aku rasa ianya lebih kepada luahan perasaan, sekadar meluahkan rasa geram dan kecil hati. Ada ke tadi dalam meeting department, aku boleh ditunjuk-jari menyebarkan virus secara tidak sengaja kepada si puan yang katanya masih dalam tempoh "under-precaution" disebabkan hanya aku terbersin sebab habuk sesat yang terlekat di rongga hidung dalam perbincangan 2 minggu yang lepas! Orang berdehem dan batuk-batuk kecil pun dia bantai suruh jauhkan diri... kecik hati orang tu.

Ok, bukan itu isu yang aku mahu tekankan. Satu perkara menarik perhatian dalam perbualan kami, adalah perkara tentang keintiman perhubungan di antara lelaki dan perempuan. Faktor yang boleh membawa kepada kepincangan perhubungan. Kenapa sesuatu hubungan itu (suami dan isteri) boleh tergugat dan sukar dikawal?

Selain daripada faktor-faktor tipikal gatal, kurang kasih-sayang, sibuk bekerja, tidak matang dan kononnya mengikut sunnah Nabi... sebenarnya faktor paling besar ialah...

Kalau kita ni perempuan, ada masalah, tak payahlah sekali-kali cuba luahkan / berkongsi masalah dengan mereka yang berlainan jantina iaitu lelaki dan semestinya lelaki juga Vice-Verse. Sebab dengan bermulanya sesi berkongsi masalah itulah yang membawa kepada kesilapan yang paling celaka. Samalah juga dengan konsep berbaik-baik dan niat tolong-menolong. Pada aku mudah, kalau dah di antara seorang lelaki dan perempuan itu, tiada ikatan yang sepatutnya... maka tak lain tak bukan si tanduk berekor tulah yang akan jadi cupid yang cuma mahu mendatangkan bahana!

Serius aku rasa faktor ni memang paling kuat! Full Stop.

0 comments: