Baru tiga tahun aku kerja kat sini... Percaya atau tidak, aku dah tak perlu untuk mencarum dalam akaun wang simpanan pekerja. Aku dah tak perlu risau dengan potongan lebih 300 sebulan dalam penyata gaji.
Pejam celik pejam celik aku rasa tak banyak perubahan drastik dalam pembangunan kendiri sepanjang bekerja di sektor awam. Semua nampak biasa dan so so sahaja. Kemajuan kerja belum menampakkan satu pencapaian yang besar. Aku terpaksa terus akur untuk memahami ramai antara mereka yang di sini, masih belum boleh menerima teguran, masih bergantung pada orang luar, masih menganggap bekerja di sektor awam ini hanyalah satu paksaan semata-mata untuk isi perut anak bini, masih ada yang menganggap fokus utama kemajuan kerja bukanlah semata-semata merujuk pada slogan yang sentiasa di kotakan bersama sewaktu menandatangan surat berkepala rasmi.
Yang agak kelakar, dalam suasana aku sedang teruja dengan pencapaian genapnya tiga tahun aku di sini, aku dah dengar suara-suara yang ade geng sepejabat dah minta tukar untuk ke jabatan lain, alasannya dah terlalu lama bekerja di tempat sama. Aku tanya, berapa lama dah kerja kat sini, dia jawab "dah nak dekat 2 tahun dah".
Aku angguk-angguk tanda faham.
2 comments:
thanx for reminding me...we celebrate 3rd year in govt sector last 6th mac...haha...always forgot...
yeah... selamat selamat
Post a Comment