Tuesday, March 01, 2011

DALAM KUMPULAN YANG SAMA, TAK PERLU WUJUDKAN PERBEZAAN HAK

Pagi tadi beberapa orang pegawai dan golongan berstatus kuli dipanggil masuk ke bilik mesyuarat utama di aras 5. Ramai pegawai segak bergaya dengan kot hitam dan name tag tersemat di bahagian kiri dada baju. Semua duduk tertib dan mengambil keputusan memenuhi ruangan belakang yang jelas nampak lebih dekat dengan pintu keluar.

Aku dan beberapa pegawai sampai 10 minit lebih awal. Dan memulakan aktiviti kami dengan berbual kosong sambil mengharapkan kerusi di ruangan hadapan dipenuhi oleh pegawai-pegawai yang tak reti dengan konsep PUNCTUAL. Ahli-ahli dalam mesyuarat tertutup ni agak lain, semua pegawai peringkat atas di panggil... dan terdiri daripada pelbagai skim yang bercampur. Aku macam biasa, tak pakai kot, tak pakai nametag hitam... seorang IT Crowd mesti rock, tak boleh tunjuk sangat sifat radikal penguasaan profession. 

Tak sampai beberapa minit tiba-tiba ada suara guruh sambung menyambung... hujan tidak, mendung pun langsung tidak... oh walaupun pagi tadi memang ada hujan sekejap... tapi aku tak rasa cuaca di luar sebegini di dalam mesyuarat.

"kenapa kamu semua ni takut nak penuhkan bahagian depan?"
"PTD penuhkan bahagian depan ni...  kenapa tak nak ke depan, bukan ke PTD ni yang akan leading the future... so ke depan lah"
"Buktikan lah yang you guys boleh lead"

Farking discriminate Racist dowhhh! Serious shit punya discrimination racist!

Aku dah nak angkat kaki blah, tapi member aku kat sebelah kasi hati aku cool dan bagi aku iphone dia kasi aku layan Tap Tap sepanjang proses mesyuarat ringkas tersebut. Aku rasa tak adil dengan konsep pembezaan hak dalam sektor awam ni... tak elok untuk muhasabah diri!

5 comments:

Nurul Affendi said...

PTD??

macam bagus kan??
aku pon ny****h!

Eija Talib said...

haha..kalu rezeki aku join team diorag dlu..mesti aku dlm golongan yg korg nyampahkan kn?huhuh..bukan rezeki aku..maka..sila jgn nyampah ngan aku..hehe

dcharmed said...

aku tak delah menyampah dengan diorang... cuma aku tak suka bila wujud 1 KEPALA yang mula membuat onar membangkitkan perbezaan hak itu... tak perlulah kan... sampai wujud rasa terguris hati pada pihak yang lain. kan tak elok tu namanya...

Tak pasal-pasal aku jadi rosli dhoby kang!

Anonymous said...

Tapi that's not RACIST, it's discrimination. Racist if there was an announcement saying only Malays/Chinese/Indians are allowed to sit in front.

dcharmed said...

betul tu... tu bukan racist... tp sbb marah punya pasal... dan dah banyak kali kena macam tu... dah jadi macam racist...

tak patut betul. ok full stop