Sunday, March 20, 2011

HARI JUMAAT, JANGAN PONTENG KERJA

Jumaat lepas... aku terperangkap dalam satu mesyuarat kosong bermula jam 8:30 pagi... sampai-sampai dalam bilik mesyuarat, dah terhidang sepinggan mee goreng, seketul donut keras dan secawan teh kurang manis. Rasa setiap makanan memang menghambarkan. Tiada daya penarik, malahan cara penghidangan juga berterabur... tak tersusun.

Macam biasa bila mesyuarat ahlinya semua perempuan, 1) ahli-ahli mesyuarat masuk bilik mesyuarat tidak tepat pada waktunya 2) mukadimah mesyuarat berintipatikan gosip ringan-ringan sebelum menular sehingga ke peringkat pukul-pukul bahu dan tangan. Aku tengok jam, dah dekat pukul 10 pagi, perbincangan baru merangkumi perkara no 4 daripada lebih 10 agenda yang perlu dibincangkan. Tengah hari ni aku dah ade pelan penting yang telah direncanakan bersama Shirley. Masuk mesyuarat-mesyuarat jenis macam ni yang aku paling menyampah!

Realitinya hari jumaat memang dah menjadi satu hari yang paling mudah untuk menghabiskan masa. Selain daripada waktu rehat yang lebih awal dan lebih lama... hari jumaat juga merupakan hari di mana seseorang itu boleh melakukan sesuatu perkara tanpa orang lain perasan akan tindak-tanduknya. Contoh: Servis kereta, Renew RoadTax, Appointment doktor dan macam-macam lagi. Tapi agenda aku takde kena mengena dengan perkara-perkara penting itu, agenda aku cukup memerlukan ngam-ngam 2 jam waktu rehat.

Tepat jam 11:00 mesyuarat masih belum setel, kaki aku dah goyang... mata aku tak henti-henti jeling jam dinding. Lama-lama aku tak tahan, aku terus terang pada puan pengerusi mesyuarat ini patut dihabiskan secepat mungkin, telah banyak masa dihabiskan di sini. Mereka setuju. 11:15 aku keluar bilik mesyuarat.

Bunyi je loceng rehat (alarm pada komputer yang aku dah setkan). Aku dah shirley mulakan agenda utama kami.

"Kak adda, sekarang ni masih belum masuk waktu solat lagi kan?"
"Sekarang belum, pukul 1 lebih sikit nanti baru masuk. Kenapa?" aku mula pelik bila tiba-tiba shirley ambil peduli pasal waktu solat
"takdelah saya tengok masih ramai lelaki melayu di sini"
"Oh diorang lunch dulu kot sebelum sembahyang jumaat"
"Oh... nak elak daripada kelaparan lah tu", shirley perkuatkan lagi alasan aku.
"Kalau tak nanti solat tak khusyuk!"


.....
Sampai jek tempat dijanjikan.
"Dik, kalau 2 jam berapa ringgit?"
"Ada diskaun 10 ringgit kak" budak perempuan bert-shirt hitam tu jawab dengan penuh senyuman.
"ok 2 jam, dengan set B satu"

Dalam perjalanan balik, kami siap terserempak dengan salah sorang kawan satu ofis. Yang peliknya dia dah siap bersalin pakaian kepada yang lebih ranggi, dan berjalan dengan sekumpulan orang yang aku percaya adalah keluarga dia. Nampak macam sedang gembira membeli belah, padahal pagi tadi aku nampak dia masuk ofis, bekerja seperti biasa.

"Kantoi!, siap tukar pakaian sudah", Shirley menegur.
"Kot ye pun nak monteng, tak payahlah jalan kat alamanda. At least kita pergi karaoke pun cukup-cukup lunch hour, dia nak shopping, siap monteng separuh hari!" aku menyambung kata-kata shirley, selepas kami limpas budak itu yang tampak tersipu-sipu cuba menyembunyikan dirinya daripada dilihat oleh kami yang memang dah ternampak kelibat dia merayau-rayau di situ.

"betul tu kak adda!" Shirley menyokong kata-kata aku.

0 comments: