Malam ni pertandingan penting. Malam ni pertandingan penentu... malam ni Chong Wei perlu bekerja keras untuk menebus "dosa" dia setelah kekalahan demi kekalahan selepas bertemu lin dan... Malam ini juga Chong Wei perlu buktikan bahawa penyokong-penyokong yang membanjiri ruangan tempat duduk di Arena Birmingham tidak pulang dengan muka kecewa dan diiringi kata makian. Chong Wei perlu buktikan bahawa penonton-penonton kaca tv sangat berbaloi berjaga sehingga ke pagi buta semata-mata mahu meraikan satu kemenangan.
Aku cemas, jantung aku berdebar-debar ikut rentak kelajuan shuttlecock yang dipukul. Selepas kekalahan Regu favorite malaysia... aku play cool dan tidak mahu mengeluarkan terlalu banyak kata makian. Aku faham, mereka sudah cukup bertungkus lumus. Tiada lain yang dapat diharapkan selain mahu Chong Wei pulang dengan titile juara.
Mother dah awal-awal tidur, dia tidak percaya Chong Wei bakal bawa berita gembira. Aku sebagai penyokong setia... cekal menonton kaca TV.
Siapa sangka hari ini, Chong Wei bermatian mengatur langkah di gelanggang. Sedikit mistake di balas dengan sedikit kemajuan. Ditambah pula dengan teknik pukulan lin dan yang kebanyakkan tidak menjadi, memberikan bonus markah kepada Chong Wei (seronok dia tak perlu play extra effort, cuma play extra cautious). Walaupun net trick selalu failed tapi Jumping Smash ada yang menjadi... cross court yang dibuat pula kebanyakkannya jatuh betul-betul atas line... memang cantik. Fokus Chong Wei dalam set ke-2 agak terganggu... tapi dia dapat back to the game apabila semakiin banyak mistake yang dibuat oleh lin dan.
Chong Wei tampak semakin confident. Aku pun jadi confident dan berkata "Chong wei mesti menang!".
Walaupun Match Point bukanlah satu pukulan smash maut yang dibuat oleh Chong Wei (seperti yang aku selalu idamkan)... tetapi kesilapan lin dan menentukan kemenangan untuk Chong Wei. Jatuhnya shuttlecock di luar garisan seakan memberikan satu kepuasan paling klimaks untuk aku pada malam ini! Ya... aku sangat excited dan puas! Kalau aku ada di Birmingham masa ini, aku dah lari keliling Arena bawak bendera Malaysia, lepas tu aku PAKSA Chong Wei baling satu raket dia pada audience! Tak kisah lah aku dapat ke tak!!
Cayalah Chong Wei!!! Dato' memang rock habis malam ni!
1 comments:
ni mesti jerit lompat2 la nih..hoho!
Post a Comment