#1: Boss aku ada presentation dalam Meeting dengan Top Management pasal sistem kitorang nak up. Awal pagi aku dah menggelabah setelkan slaid dengan dia, dan aku berdoa dia tak bertukar fikiran tiba-tiba suruh aku join sekali! Hasilnya minggu depan kena present sekali lagi dalam satu lagi mesyuarat besar. Aku tak tau berapa juta kali sistem ni perlu dibentangkan yang in the end, diorang semua akan cakap "Kami sebenarnya tak faham dengan sistem ni sebenarnya"
#2: Korang tau tak betapa payahnya nak hasilkan satu kad jemputan yang memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak? Lagi menyerabutkan bila nak buat test HIV pun kena queue macam nak bayar saman trafik... queue sampai berbulan-bulan. Aku dah mula grumpy bila sampai point No. 2 ni...
#3: Tiba-tiba aku dipanggil oleh psychologist. Aku cemas membayangkan aku insan terpilih untuk dikaunselorkan. Aku dah siapkan skrip aku awal-awal kalau dia tanya apa masalah yang menyerabutkan kepala otak aku selama bekerja kat sini..
#4: Perjumpaan aku dengan psychologist itu bukanlah berkenaan isu membimbing rakan sebaya, tapi lebih kepada untuk memenuhi keperluan beliau. Aku cuba tenangkan fikiran, dan beranggapan, hidup ni bukan hanya untuk diri sendiri.
#5: Rupa-rupanya Psychologist mahukan satu sistem untuk memudahkan urusan kerja beliau. Macam biasa, permintaan awal dah kasi pada orang A, orang A simpan sampai jadi bahana, dan paskan bahana tu kepada aku untuk diuruskan, dan bulan april, psychologist nak benda tu up. Aku tenung muka psychologist tu macam melihat seketul daging sirlion yang sangat tender dan sedia untuk dicicahkan pada sos BBQ dan dilahap dengan enak sekali!
#6: Sakit kepala aku masih tak hilang... aku mengamuk, aku baling semua buku, telefon, kasut, meja kerusi aku terbalikkan... tak cukup dengan tu, surat-surat semua aku bakar!
#7: Tiba-tiba aku dapat satu emel untuk verify projek GIS dan dikatakan aku adalah sebagai person in charge yang perlu dirujuk. wtf?
#8: Manusia-manusia yang dikatakan sebagai leader di masa hadapan, masih kelu dan bisu untuk memberikan feedback yang aku harapkan dapat memudahkan kerja pengumpulan data aku. Dah sebulan aku tunggu dengan penuh sabar, hari ni... sampai bila lagi kau nak aku tunggu syaiiiiiiiiiiiitannnnnnnnn?
#9: Aku menangis sepanjang pemanduan balik dari pejabat di putrajaya sehinggalah ke tol nilai. Berhenti di lampu trafik, penumpang di kereta sebelah menurunkan tingkap dan dengan penuh concern bertanya "Adik, ok ke? kenapa menangis ni?". Dekat-dekat sampai rumah, aku cover line, tak nak Mother nampak dan nanti dia akan jadi lebih menggelabah daripada aku.
#10: Dramatik tak kehidupan aku pada hari ini?!
0 comments:
Post a Comment