Friday, April 15, 2011

KARMA HIDUP

Sesekali aku berbual dengan kawan-kawan tentang kemanisan berkeluarga. Bertuahnya seseorang itu punya emak dan bapak, walhal ada kawan yang lain nyata bergelar anak yatim piatu. Manisnya kehidupan disayangi suami / isteri walhal ada teman yang lain masih langsung belum bertemu kekasih hati. Cerianya hidup ditemani anak-anak kecil walhal ada sahabat yang lain masih belum menimang cahaya mata setelah hampir 5 tahun berumahtangga. Funkynya hidup sebagai seorang yang bujang, menghabiskan tiap hujung minggu di pub-pub atau pun restoran mewah walhal ada teman yang lain tidak langsung tahu apa erti itu keseronokkan...

Baru-baru ini aku dihujani dengan ketidaklogikan fikiran manusia (lebih kepada seorang yang bergelar anak) bercerita tentang rasa benci dan bosan dengan karenah orang tua. Si tua yang sebenarnya cuma mahukan sedikit perhatian si anak. Betapa tak fahamnya aku dengan kewarasan seorang yang berpendidikan itu bila meluahkan perasaan yang kononnya dia punya hati dan perasaan, dan kenapa si ibu/bapa tidak pernah mahu memahami.

(KISAH BENAR)
Aku duduk semeja dengan mother, berbual tentang macam-macam perihal. Kami membandingkan perlbagai karenah manusia baik jauh dan dekat. Dan entah kemana hilang kewarasan akal aku, terkeluar daripada mulut mengatakan, mother juga kadang-kadang skeptikal seperti yang lain juga. Dalam masa satu saat, jantung aku bergetar... mulut aku terkatup. Mother terus bersuara "Siapa kau untuk memperbandingkan aku sebegitu. Siapa kau untuk menidakkan kata aku?!"


Aku terdiam. Aku ternganga... Aku Bodoh. Terus aku minta ampun dan maaf, dan masak masakan kegemaran mother sebagai penebus dosa.


Betul, siapa aku untuk mempersoalkan perilaku mother... Siapa aku untuk menidakkan setiap inci ketidak puashatian dia. Aku tidak patut langsung mempersoalkan. Dan sejak itu, aku tidak pernah membangkang mahupun menyalahkan. Aku anggap semua salah aku jua adanya. 

Makanya, aku rasa sebagai seorang anak, kita memang lansung tidak ada kuasa untuk menidakkan kata orang tua. Tidak layak langsung untuk berasa hati, tidak layak langsung untuk menarik muka. Emak bapak kita punya kuasa lagi tinggi daripada kita, ingat dengan satu doa sahaja, bila-bila masa kita boleh bertukar jadi batu, kalau sampai permintaan itu kepada tuhan. Nauzubillah!

Jangan derhaka pada emak bapak, sebab satu hari nanti juga kita akan jadi macam mereka jua arakiannya. Karma hidup...

2 comments:

'arif said...

uh..aku pun pernah begitu.. :(

dcharmed said...

"minta maaf" mudah sahaja, cuma itu yang mahu didengar oleh seorang ibu/bapa... :D