Ada dua (2) benda aku nak citer hari ni...
1. Aku akui aku bukan seorang yang perfect... aku pernah ponteng sekolah, aku pernah ponteng kerja, aku pernah curi buah ciku wak sebelah rumah atuk aku, aku pernah bakar tayar basikal ramzan sbb dia pancitkan tayar basikal aku sebelum balik sekolah ugama dulu satu masa dulu. Aku pernah baling batu kena kepala sepupu aku dengan geng-geng dia yang selalu ejek aku budak hitam kat kampung dulu. Aku pernah tulis prank letter pada budak paling cantik kat sekolah, saja nak kasi dia perasan dia ada ramai peminat... padahal surat "kotor" aku dan geng-geng aku buat saje nak bagi dia rasa "up"!. Aku pernah rancang strategi nakal untuk menumpaskan pasukan jaguh hoki sekolah aku semata-mata untuk memberi laluan team picisan aku layak ke peringkat daerah musim 1995... serius aku adalah manusia paling jahil dalam dunia ni.. serius aku pun tak tau bila semua dosa aku boleh hilang. ironinya aku memang seorang yang hipokrit... Tapi... itu tidak bermakna aku mahukan kawan-kawan yang lain jadi macam aku, tidak sekali-kali aku mahukan mereka berperangai buruk seperti aku.
(pernah tengok cerita budak kelantan, scene agak touching , Jaha berentikan Buchek tepi jalan untuk kasi Buchek solat asar, dan Jaha tunggu dalam kereta kat tepi jalan sampai Buchek habis solat. Jaha cakap "kita ni jahat, tapi jangan halang orang lain untuk jadi budok baik")
2. Walaupun setiap yang aku lalui tu dengan kawan-kawan yang pernah bergaduh dan bertumbuk dengan aku, yang pernah kutuk aku membabi buta, yang pernah sembunyikan selipar jepun aku tiap kali lepas sembahyang, yang pernah simbah aku dengan air sirap lepas aku keluar dari bilik salin baju lepas PJK, yang pernah report kat cikgu displin port aku berdating waktu rehat.... dan juga bersama kawan yang tegur setiap kesalahan dan kenakalan aku. kawan yang pernah menghasilkan novel pendek dan menulis, "aku ludah muka dia di antara keringat panas yang disia-siakan semata-mata seorang bernama lelaki. Ternyata dia punya mulut yang manis, dengan hati penuh dendam tersemat".
Moral of the story... aku dengan persepsi aku sebagai seorang yang punya suara lantang dan hati jambu... aku lantang dalam menulis memang dengan niat, biar si pembaca tahu apa yang aku ingin sampaikan melalui penulisan, dan kalau wujudnya perasaan marah/sayang/benci/dendam... nah... maka sampailah mesej tertentu yang ingin aku sampaikan secara tidak langsung dalam penulisan itu. Dan ya, aku tidak bercakap di belakang, kerana penulisan aku ini nyata terpampang di dunia maya... dunia tanpa sempadan. Ya mungkin aku tidak mahu berdepan dengan orang yang tidak perlu berbahas dengan kata-kata ringkas dari aku,
Simple... if you think others didn't do good... then you should be doing something better... Chill... aku punya hangin satu hari jek... dan satu topik. habis aku tulis, perasaan tu dah lama mati, sebelum aku disialkan oleh yang lain...
Sebenarnya sedar atau tidak kita ni semua patung... Aku... aku memang seorang yang suka memberi komen pada keadaan sekeliling, dan aku juga selalu dikomen oleh Muna dalam blognya, tentang perangai tidak senonoh aku yang menggilakan Cobain lebih daripada mahu mengaji. Aku pernah dituduh perempuan sial semata-mata kerana aku cuba menjnadi sorang yang concern dan bertindak sebagai middle person. Aku dah kena semua tu... dan memang dari kecil sampai besar.... tagline x-files tu aku pegang... "I trust NO One"!
0 comments:
Post a Comment