Sesekali aku sakit hati bila ada kawan-kawan yang kata "on diet" bila aku ajak keluar makan tengah hari, dengan alasan berat badan dah naik melebih 50 kilo. Ada lagi yang gila akal kata dia dah semakin gemuk, padahal badan dia lebih kerempeng daripada aku, sibuk nak cari slimming juice dan masuk kelas tarian/yoga.
Masalah kegemukkan ni berpunca daripada pengambilan kalori dalam makanan secara berlebihan. Memang kita takkan sedar berapa jumlah kalori yang kita dah telan, apatah lagi bila makanan tu rasa lebih lazat lantas menghiraukan masalah kemurungan apabila berat badan terlampau di hari nanti. Aku?
Aku dan makanan memang tidak boleh dipisahkan, daripada kecil! Kalau cerita 7 perhentian tu cerita pasal diorang berdating setiap perhentian, aku punya versi, berhenti makan di setiap perhentian! Percaya tak percayalah! Sebab tu dalam bulan puasa, aku memang totally bertukar jadi orang lain... jenis yang down gila! Nafsu makan aku memang kuat! Tak boleh dinafikan. Terdetik juga dalam hati, takut-takut berat badan naik secara drastik nanti! NOOOOOOOOOOOO...
Kalau cerita pengawalan makanan ni, memang payah! Tindakan melarang menjual makanan ringan dan juga ais krim (aku ulangi) AIS KRIM di sekolah adalah satu tindakan yang memang kejam! Gila! Pendidikan kasar sedari umur kecil, padanlah remaja sekarang memang protes berhabisan, keseronokkan kehidupan kecil mereka dah banyak dirampas dengan kejamnya!
Dulu masa sekolah ugama, tengah-tengahari, paling best aku lepak warung tepi jalan kat hujung simpang sekolah. Order semangkuk ABC harga 30 sen, beli keropok mamee harga 10 sen dapat dua paket, tuang satu paket dalam mangkuk ABC then lantak! Rangup-rangup sejuk-sejuk rasa dia! Perghhhh aktiviti terbaik untuk memulakan persekolahan di tengah hari yang panas!
Masa tu mana ada pegawai kesihatan merayau-rayau buat pemantauan. Jadi manusia berguna je aku sampai sekarang!? Berat badan pun maintain 50 Kg jek! Paling naik pun jadi 52 - 55... Masih 5 ape der hal?!
0 comments:
Post a Comment