Kamu melihat si budak tidak lagi bertelanjang... dia sudah pandai bergaya, menyarung jenama termahal, bergambar menggunakan kamera telefon berpiksel 2.0 ke atas.
Kamu melihat si budak tidak lagi bertatih... langkah mereka terlalu panjang, tidak boleh diikat, tidak mahu dipimpin... mereka terlalu mengejar masa depan, yang tidak nampak lansung logik perbuatan mereka itu.
Kamu mendengar si budak tidak lagi terkekek ketawa bila diagah... tapi sudah pandai mencemuh dan membahas. Tiada lagi anggukan kepala mahupun diam tanda mendengar..
Budak-budak sekarang terlebih kandungan gula
Budak-budak sekarang terlalu terdedah dengan propaganda dunia
Budak-budak sekarang terlalu hebat menafikan fatwa
Kalaulah anak-anak itu faham akan maksud "tangan yang menggoyang buaian juga boleh menggoncangkan dunia"
*nangis*
0 comments:
Post a Comment