Thursday, April 07, 2011

SENARIO KERJA DAN LUAR WAKTU BEKERJA

Ada dua perkara yang berbeza yang biasanya akan memutikkan rasa benci kita pada seseorang. 1) Seseorang itu cuba menunjukkan rasa concern tapi menjengkelkan 2) Seseorang yang tidak mempunyai kuasa cuba bersifat autokrasi

Ada banyak benda remeh dan merepek berlaku minggu ni (dan minggu lepas juga). Tapi aku malas nak recap, sebab lagi details aku recap, lagi membuak-buak rasa sakit hati aku. Cukup 1 atau 2 cerita yang perlu aku singkatkan di sini, termasuk sedikit perihal kerja (tak berapa serius sangat pasal kerja) dan sedikit perihal peribadi aku.

Senario #1 : Kalau aku sakit, dan aku allergic pada sesuatu keadaan yang berkemungkinan besar boleh mendatangkan mudharat kepada aku. Biasanya aku cuba mengelak dengan cara tidak mahu menyusahkan orang lain.  Contoh : Aku terus cuti rehat / Aku jauhkan diri daripada semua orang / Aku ambil seberapa banyak antibiotik atau supplement yang boleh dijadikan pendiding. Paling mudah dan praktikal, aku pakai MASK sebab biasanya penyakit ni mudah berjangkit melalui udara (hidung dan mulut).

Jadinya pada aku, agak tidak sopan, kalau seseorang itu acapkali bertanya kepada setiap orang yang lain "bersin ke?" / "batuk ke?" / "eh you selsema ke?" / "you tak sihat ke?" walhal dia yang mahu datang berjumpa atau mendekati mereka yang dirasakannya mungkin mendatangkan penyakit pada dia dan dia sikit pun tak terfikir untuk "mendindingkan" diri sendiri dengan cara yang paling praktikal. PAKAI MASK! atau dalam bahasa melayu nya, penutup mulut dan hidung!

Senario #2: Musykil dengan produk kecantikan dan kesihatan sekarang yang indah khabar daripada rupa. Aku dah berhabis hampir sejumlah wang yang besar semata-mata untuk rawatan yang tidak menampakkan hasil memberangsangkan. Hampir setiap sesi rawatan aku dipengaruhi dengan pelbagai produk lain, tidak lupa dengan rawatan-rawatan bonus yang boleh juga menambahkan duit masuk kepada syarikat mereka walau untuk sejumlah 10 ringgit. Hampir 4 kali rawatan aku dah pergi, hasil masih menegecewakan. Dah berapa kali aku komplen, ayat sama dicadangkan menambah produk yang lain.

Hari ini, katanya syarikat dah rebranding ke tahap international. Produk pun dah upgrade... semua pakat harga 200 ke atas. Dan seperti biasa tadi dia cadangkan produk baru...

"Ini sangat sesuai untuk mata akak, boleh lighting kan lagi your skin, cuba baca lorr ini", sambil pas satu katalog dan tunjuk kat aku para deskripsi produk yang aku perlu baca. Dia suruh aku baca sendiri! Aku tak nak, aku suruh dia terangkan direct face to face. Dia menggelabah, penerangan yang diberi pun ala-ala amoi jual handphone kat plaza low yat. Shit, nak cakap terms kecantikan pun kau masih tergagap, ada hati nak suruh aku beli produk harga RM249!

"Saya tak mau beli apa-apa produk lain. Ini semua tipu punya!"

Pandai-pandailah lu orang nak kaitkan dua senario di atas dengan dua perkara yang aku nyatakan di perenggan pertama tu. Lain-lain orang lain-lain interpretasi... takk pa, aku boleh terima!

 

0 comments: