Wednesday, May 18, 2011

BENDA PALING KITA BENCI ITU BENDA PALING SUSAH NAK ELAK

Aku jalan-jalan waktu petang semalam... sekejap berjalan-jalan, sekejap berlari-lari anak...bila penat aku berhenti tepi jalan, duduk termangu atas tebing longkang batu.

Sesekali Muna cuba berbual... aku tetap menggeleng untuk menidakkan, mengangguk untuk setuju dan mengangkat bahu tanda tak tahu. Beberapa kali Muna tepuk belakang aku, mahu "bangkitkan" aku dari kemurungan, dan beberapa kali juga dia "bodohkan" aku dengan teori-teori logik tentang ketidakmatangan yang aku cuba potretkan. Aku sedikit menyesal setuju terima ajakan Muna untuk keluar berjalan-jalan petang semalam.

Mungkin betul kata Muna, kehidupan kita bukan semata-mata atas dasar mahu membahagiakan diri sendiri, tanggungjawab kita lebih besar daripada itu... membahagiakan orang jauh lebih terpuji. Betul kata Muna, tak perlu terlalu merasakan tekanan itu satu rekahan besar sepanjang jalan kehidupan kita... selagi namanya jalan, masih ada banyak persimpangan yang boleh dipilih, cuma sama ada kita bijak memilih atau tidak.

"Tapi Muna, aku tetap tak setuju dengan keputusan bos aku!" aku masih merintih

"Kau kena hadap, dunia ni bulat... mungkin esok lusa turn kau pulak buat keputusan!"

"Aku tak kisah dia nak maki aku, bagi aku kerja berat-berat, tapi..."

"Kau nak lebih? kau tak boleh demand! level kau masih jauh beb, kau kena terima, bersedia dengan challenge ni!"

"... Kalau dah dia tukar bilik aku duk depan bilik dia... selang pintu kaca jek, tu betul-betul nak bunuh kehidupan aku kat pejabat duhhh!"


"Aku faham, kau anggaplah ni satu cabaran...paling celaka pun dia jeling-jeling kau jek!", Muna cuba tenangkan aku sambil menepuk-nepuk bahu aku lembut.

0 comments: