Aku akui, aku seorang yang paling mudah dipengaruhi. Lebih-lebih tentang sesuatu produk yang menampakkan kesan sangat extravaganza, yang boleh membuatkan mulut aku ter NGANGA... dan mata aku mem BULAT. Biasanya bila aku mudah terpengaruh, aku anggap iklan/orang yang mempromosikan sesuatu produk tu memang seorang yang genius, kerana motif utama menarik perhatian pengguna, dan sekaligus mempengaruhi pengguna terlibat dalam promosi jualan langsungnya SGT berjaya.
Ramai orang kata, iklan-iklan tv tu memang iklan biasa yang memang celaka! Kalau diadaptasikan dalam kehidupan sebenar, produk-produk yang diiklankan tidaklah menampakkan impak dan kesan dalam tempoh yang pantas. Ia cuma memberikan rasa teruja dan dalam masa yang paling singkat, menyumbang kepada keborosan tidak terkawal... semata-mata mahu mencuba dan menginginkan satu perubahan sama ada pada diri sendiri atau memudahkan kehidupan.
Sebagai seorang pengguna, kita ada hak untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap sesuatu produk yang tidak memberikan kesan seperti yang diwar-warkan dan nyata diingini. Tetapi berapa ramai di antara kita yang heran mahu merujuk kepada badan-badan bertangunggjawab mahupun pihak berwajib bagi tujuan pemakluman perkara tersebut?
Paling acis pun kita buat, kita maki dan buang masuk tong sampah, lepas tu sumpah "SUMPAH AKU TAK BELI LAGI BENDA NI"
Masuk hari ni dah dekat berbulan aku guna Sunsilk, tiap kali aku lepas sanggul, sumpah rambut aku tak jatuh macam iklan kat tv tu! Tetap stabil siap berjuntai macam ranting kayu tak jadi patah... Jangan cakap sikat, guna jari pun boleh tersangkut.
Korang ni nak buat iklan, tak payahlah beriya sangat, Membohong tak ingat. Jual barang tak nak murah!
Tu aku baru cerita pasal produk rambut, produk mata, kulit dan lain-lain tu, tak perlulah aku perkembangkan di sini. Buat sakit hati aku sendiri! Industri pengiklanan Malaysia perlu fikirkan cara lebih praktikal untuk pengaruh minda... gunalah logik mudah sesuai dengan bahasa baharu kita, jangan terlalu bergantung sangat pada teknologi komputer... CGI, photoshop tu semua cara PENIPU!
0 comments:
Post a Comment