Thursday, June 02, 2011

Bukan senang beb, kita nak buat orang faham dengan konsep berkorban. Dalam konteks kehidupan yang pelbagai dan gaya tatasusila manusia yang ramainya terlalu terpengaruh dengan kesan media massa. Sama ada secara sengaja atau tidak, kadang-kadang kita juga tergolong dalam golongan yang "terkorban" dan bukan yang sanggup berkorban.

Pada sesuatu masa tertentu, kita akan berasa kita dah terlalu banyak berkorban untuk orang lain. Tapi sejauh mana kita yakin bahawa pengorbanan kita itu betul-betul diterima dan layak untuk dilabelkan sebagai satu amal jariah yang berkesan? Contoh, adakah penjual nasi ayam kat pasar malam tu terima keikhlasan kita mengorbankan 4 ringgit dan 50 sen semata-mata untuk membeli sebungkus nasi ayam yang mana bahagian ayam yang dalam bungkusan tu bukanlah bahagian ayam yang diminta oleh kita pada awal-awal membuat pesanan, "saya nak ayam bahagian thigh yek!".

Ironinya, dalam konteks bekerja orang akan kata bila kita terlalu sangat berlembut dengan orang lain, itu dikatakan kita cuba untuk membodek. (kipas) walhal, kita sebenarnya cuba untuk berkorban dan adelah sekelumit rasa tanggungjawab dalam diri (untuk yang berasa bertanggungjawab lah!)

Dan dalam konteks berumah tangga, bagaimana pula seorang isteri yang sanggup berkorban semata-mata untuk menghalalkan nafsu serakah suaminya untuk memperisterikan seorang lagi dan mengelakkan dosa suami daripada bertambah? Adakah itu akan dikira sebagai satu pengorbanan paling fantastic??? Walaupun suami tidak langsung menghulurkan nafkah, tidak menghiraukan anak-anak?

Petand tadi, aku saja buat-buat rajin check emel walaupun aku dah tekad sebenarnya aku tak mahu pedulikan hal kerja selepas jam 12 tgh tadi, bila time-time tengah sedap bersantai dan tunggu masa nak layan drama Nora Elena...

"Terima kasih datang meeting pagi tadi, nanti bolehlah ganti cuti tu time hari takde meeting, Ka tu dah kira ganti masa datang lambat dulu?"

Benda-benda remeh macam nilah yang spoil kan cuti aku. Kalau dah aku cakap aku sanggup berkorban tu, dahlah! FULL STOP! Tak perlu lah nak buat statement-statement puji dalam sentap ni! Aku datang lambat boleh kira berapa kali jek sebulan... kes aku datang awal dan balik lambat setiap bulan tu, ape cer???

0 comments: