Orang tua selalu pesan :
Barang yang lepas jangan dikenang
Orang kita selalu buat :
Sebelum jadi mesti dulu berperasangka buruk
Perilaku manusia biasanya berubah-ubah mengikut persekitaran. Lebih kurang macam anatomi fizikal sesumpah (lebih kepada warna) yang berubah mengikut pencahayaan atau keadaan sesuatu tempat ia berada. Maksud perilaku manusia di sini adalah, 1. Pemikiran 2. Percakapan 3. Tindak-tanduk 4. Tahap konsentrasi. Biasanya kita selalu kaitkan fenomena ini dengan konsep hipokrit atau bahasa orang kampung "talam dua muka". Serius aku cakap, dalam kehidupan nak masuk era nak masuk tahun 100% autobot ni, tipulak kalau nak cakap dalam sehari kita tak jumpe manusia "plastik".
Konsep plastik, hipokrit, backstabber tu semua tak sama secara keseluruhannya. Perlu ditekankan di sini namun ianya tetap merupakan satu anasir negatif yang perlu dielakkan.
Tapi kalau dah bertahun aku lepak dalam dunia kerja sekarang ni... susah untuk elakkan pergaulan dengan kumpulan-kumpulan tipikal seperti yang aku ceritakan di atas. Sama ada kita TERjebak dengan mereka-mereka itu for the sake of nak jaga title sendiri atau kita TERjadi seperti mereka-mereka itu for the sake of nak sinonim dengan lifestyle sedia ada. Kita tak boleh jadi alien kecuali kita sedia untuk dipulaukan.
Atau pun semata-mata kita terpaksa sebab nak jaga hati kawan sendiri (walaupun seorang stranger kita terpaksa iakan semata-mata tidak mahu memanjangkan perbualan yang cuma menampakkan kebosanan).
DEMN! Kalau betul kita TERpaksa terima keadaan tu, walhal kita sebenarnya tak nak langsung terlibat, bukankah apa yang kita buat itu secara tidak langsung menampakkan Ke-Hiprokit-an kita sebagai manusia malang?
Kembali kepada kata-kata orang kampung dulu:
Don't judge a book by it cover!!!
0 comments:
Post a Comment