Friday, July 08, 2011

KENAPA MINDA MANUSIA SEKARANG KURANG MEMBINA

Perbualan di meja makan bukanlah lagi satu kepentingan bagi kelompok muda. Apatah lagi apabila tempat makan itu disediakan kemudahan WiFi ataupun Skrin TV sebesar 80 inci. Terlalu banyak hiburan sampingan yang menjadi pemangkin untuk tidak terlibat dalam diskusi sesama kelompok manusia yang lain. Kita tak share interest berbeza, kita tak debat isu semasa. Takde komunikasi, takde fun, takde kemesraan!

Fenomena ini semakin berleluasa... Baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Dan aku kagum pada mereka yang sehingga sanggup bergayut di celah-celah soket letriksemata-mata untuk maintain bateri bar lengkap 5!

Aku tak faham...

banyak betul duit orang-orang sekarang beli handphone canggih-canggih.
banyak betul duit diorang bayar bil boradband
banyak betul masa diorang spend untuk jadi fake!

dan yang aku paling tak faham... kenapa handphone yang takde function WiFi ni jugak yang aku beli 4 tahun yang lalu! Nak check-in flight via mobile pun tak lepas... nak minta dijadikan GPS lagilah haram!

Anak aku nanti kalau dia sibuk jugak nak iPad, aku kasi tapak tangan! Makan tu buat cara beradab makan, tak payah sibuk nak bagitau orang lain, makanan apa yang kau lantak!

0 comments: