Cuaca elok-elok mendung baru lepas hujan... rasa sejuk semakin melampau-lampau walaupun matahari pagi malu-malu menampakkan cahaya. Dalam perjalanan ke pejabat, aku dah mula suarakan pada Jeed, "Rasa tak sedap badanlah". Jeed beriya tanya kalau aku boleh tahan, ke mahu ke klinik? Kalau tak kerana ikutkan hati, aku dah paksa Jeed buat lencongan ke klinik, tapi selepas mempertimbangkan justifikasi yang pelbagai, aku tak boleh bersikap selfish lantas teruskan hajat ke pejabat.
Sampai di bilik, terus sarung jaket hitam, duduk, diam. Sesekali terdengar deru angin air-cond yang keluar daripada corong putih siling. Kalaulah aku tahu celah mana aku boleh matikan air-cond ni, dah lama aku bertindak!
Tak sampai berapa jam, kak zana masuk bilik aku dengan mengepit buku nota hitam sambil senyum lebar sesekali pandang menampakkan sinis. Terus dia bukak cerita...
"wa pagi-pagi dah kena sound ni"
"Apa kes pulak ni"
"Pasal apa lagi... pasa DO yang takde orang nak sign, dia boleh salahkan kita pulak sebab tak nak sign"
Cakap pasal DO ni aku terus naik hangin sikit.
"Eh semalam wa dah explain habis lah kat chah tu pasal DO ni, wa dah convice tak de hal, boleh sign terus"
"Wa dahlah tak tau apa-apa cer!"
Lama juga kami berdiskusi pasal isu DO ni. Lepas je kak zana bagitau, dia kena buat memo semata-mata menyatakan pihak kami tidak mahu turunkan tandatangan dan DO tu selamat dan tiada sebarang provokasi, aku terus malas panjang cerita, aku call chah dan susuh budak dia hantar DO tu pada aku. Biar aku "mencemar duli" menurunkan tandatangan! Setel masalah #1.
Sebelum jam 2.30... virus flu aku semakin teruk. Bersin entah dah berapa kali. Hidung aku sampai dah naik melecet. Aku bajet na balik awal, tapi petang ni ada mesyuarat penting. Untuk tidak mengecewakan lain-lain pihak dan atas dasar tidak mahu lupakan "kawan", aku kuatkan diri.
Aku masuk meeting jam 2.30 petang, ada lebih 13 orang ahli. Poket jaket kiri ada vicks dan satu bekas tisu poket. Poket belah kanan, sisa-sisa tisu yang lembap. Hingus aku masih meleleh. Bersin aku masih belum berhenti, Mata aku merah. Kaki aku menggigil. Bayangkanlah macam mana aku bertahan dalam keadaan tu sehingga jam 4.45 petang!
Sekian, terima kasih.
1 comments:
sungguh hebat kau ni kerja..dan dedikasi..tahun depan boleh dapat RM seribu lagi nih.. :)
Post a Comment