Monday, August 22, 2011

SABAR PUAN SABAR!

Kalau difikir-fikirkan, memang tak logik sampai sekarang permohonan aku masih belum lulus. Orang pejabat BPH tu setiap hari aku call setiap kali tu jugak dia penuh ikhlas dan yakin suruh aku bersabar.

"Sabar puan, permohonan puan masih dalam status menunggu, bila sampai giliran kami akan maklumkan"


Kalau difikir-fikirkan balik, kenapalah aku beriya-iya nak tergesa-gesa, bukannya duduk mana sekarang ni pun, dengan Mother aku juga. Tapi yelah mana tak jatuhnya malu kalau tak diri sendiri, dah kahwin, masih nak mengharap budi dan ihsan Mother sendiri. Sekurang-kurangnya, ada rumah sendiri, mudah untuk uruskan hal-hal yang lain, urusan rumah tangga, anak-anak, sedara mara. Semua tu penting.

Aku tau, setiap hari tuhan duga kita dengan bertambah-tambah dugaan. Ikut rasa nak give up dah lama aku buat, tapi mengenangkan penat-penat aku belajar sampai Universiti, aku tak nak bazirkan level intelek aku untuk sesuatu yang remeh, contohnya "bertekak dengan pegawai kerajaan". Perkara-perkara tu cuma akan memerangkap aku dan melambatkan lagi proses kelulusan permohonan aku.

....

0 comments: