Monday, October 31, 2011

DIUGUT UNTUK JADI DISPLIN


Tempat kerja aku mengamalkan sistem kehadiran biometrik (ini nama sistem yang paling famous dalam pejabat aku). Setiap hari dalam mesyuarat, sistem ini paling top dicanang-canangkan. Mudah untuk pemantauan, efisien untuk digunakan. Malah ada yang berpendapat sistem ni dah jadi satu inovasi berkesan mendisplinkan semua pegawai, termasuk pekerja bukan kakitangan iaitu seperti tukang cuci dan pengawal keselamatan. Dengan adanya sistem ni, memang takde chance lah orang-orang nak datang lambat / balik awal.

Cara penggunaan sistem memang mudah. Masuk pejabat awal pagi mesti Punch-in di mesin biometrik untuk memberitahu sistem itu bahwa kita dah masuk pejabat dan sebelum waktu pejabat bermula. Bila habis waktu bekerja, kena Punch-out menandakan kita dah tamat berkerja dan keluar pejabat. Mudah kan?

Melihat kepada statistik di atas... mungkin ramai berpendapat warna hijau itu menunjukkan prestasi cemerlang kehadiran pekerja. Malahan berpendapat, warna oren itu mula menampakkan tidak begitu kritikal masalah kelewatan pekerja.

Sebenarnya, warna hijau itu mendefiniskan bahawa statistik paling tinggi menunjukkan terlalu ramai pekerja yang tidak Punch-out dalam setiap bulan. PALING TINGGI berbanding jumlah yang Punch-in / Datang lewat / Tidak langsung memberikan sebarang alasan.

Isunya sekarang, apa guna kalau statistik Punch-in menunjukkan bacaan "so-so" tapi kalau tidak punch-out menunjukkan bacaan tinggi. Celah mana kita nak pastikan orang yang punch-in on-time tu juga habis kerja on time / lebih dari masa yang sepatutnya. Macam mana kita nak pastikan sesetengah individu ni betul-betul terlupa nak punch-out atau dia sengaja tak nak punch-out sebab dia nak balik lebih awal daripada masa yang sepatutnya?

Renung-renungkan!

0 comments: