Wednesday, October 12, 2011

HATI KRISTAL

Aku selalu pesan pada kawan, kalau tiba-tiba dia mula berdebar untuk buat sesuatu, aku pesan BE YOURSELF… tak perlu tergedik-gedik kata sangat nervous dan tak berhenti-henti betulkan lipatan tudung! CRAP! Kau stay duduk rilek rilek boleh???

Tapi sekarang ni, bila aku jadi tak tenteram, aku pulak jadi makin cengeng melebih-lebih. Benda yang sepatutnya boleh setel dalam 2 jam, aku habiskan 24 jam hanya untuk menangis tanpa fikirkan solusi terbaik. Balik-balik aku cuba menagih kesian orang lain, dengan harapan orang lain boleh faham masalah aku (to be in my shoes) dan ade shoulder to cry on. But again, CRAP! Semua tu crap!

Dalam era zaman yang semakin gah dengan brand dan title ni, sebelum kita mahukan sesuatu kita kena buat sesuatu. Dah jadi rutin, kita buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu… maka datanglah perasaan tak ikhlas. Jangan cakap tak ikhlas, riak, takbur, dendam semua boleh ada sekali. Mendatangkan sifat mazmumah yang melampau inilah buat kita tidak tenteram dan kotak otak pun boleh jadi rosak. Malangnya, kadang-kadang ada antara kita yang isi poket tak seberapa tapi melaram nak setaraf Datin yang ada cincin berlian 24 juta. Seperti pegangan hidup muda-mudi sekarang “Biar tak kaya asal bergaya”

Ok bukan itu motif penulisan aku sekarang. Motif aku lebih kepada permasalahan mengawal diri sewaktu dalam keadaan tidak tenteram. Bila jiwa menjadi kacau, bila hati bagaikan dicantas duri yang tajam, bila kemampuan berkata-kata itu mati dan lidah mengeras. Bila telinga hampir tuli dan mata tiada lagi air untuk membasah. Itu semua termenjadi dan sewaktu kegagahan diri juga tiada lagi punya pasak untuk bantu berdiri. Waktu itu orang yang paling diharap untuk bantu aku bangkit semula nampaknya lebih rela tidak mengendahkan, dan membiarkan diri aku bersalah dan dirundum dosa paling dalam. Siapa lagi aku mahu harapkan selain cuma mahu melihat mother tersenyum?

0 comments: