Tuesday, October 04, 2011

Time Changed

Dulu aku selalu tanya sorang kawan aku, kau agak-agak bila aku dah kahwin nanti, kita boleh ke gather-gather macam selalu. Member aku jawab simple, "Kau dah jumpa calon bakal suami ke?"

Ada sesekali masa, kita rasakan kehendak dan kemampuan kita menampakkan satu yang sangat kontra. perbezaan antara ketersediaan dua perkara tu betul-betul merunsingkan dan menjadikan kedua-duanya tidak boleh saling bergantung. Rosak! Tak patut! Tak sesuai! Bila mana kita mahukan sebuah kenderaan mewah, tapi yang kita mampu cuma membayar tiket tambang 1.50 untuk pusing satu bandar Klang Valley dengan bas awam yang masa menunggunya hampir 1 jam. Bila mana kita mahukan satu rumah lengkap dengan swimming pool, yang kita mampu cuma menyewa sebuah rumah kecil yang boleh dikongsi seramai 8 orang.

Walaupun kita cuba melawan, dan merasakan kehendak itu perlu juga dipenuhi. Kita mula berlagak seperti mampu. Kita cuba jaga ego sendiri dan cuba jadi cool. Mula ambil peduli semua perkara sekurang-kurangnya orang respek dengan otak brilliant kita yang sekaligus membantu kita bercakap seperti seorang yang mampu. Padahal, hutang kita berlambak cuma tinggal dikejar bonzer Bank.

Dan sesekali kita cuba menjadi yang itu, selalunya kita akan rasa down. Semua benda nampak serba tak kena. Tengok orang lain senang pun kita jadi cemas. Menggelabah, mula salahkan itu dan ini, penyebab kenapa life kita tak cool dan happening macam orang lain. Sebenarnya, itu semua termenjadi sebab kita cuba melawan kemampuan kita. Kita terlalu berkehendakkan sesuatu yang tidak sama cupak dengan isi poket sendiri. Terlalu banyak berangan jadikan semua benda yang ada depan mata adalah semuanya CRAP!.

Dulu aku tak pernah ambil peduli berapa note duit dalam wallet aku, setiap masa aku pastikan ada cukup untuk aku sesekali kasi hadiah sama diri sendiri. Sekarang lain. Aku jadi berkira... Makan, Meruncit, Melanggan semua aku pastikan ada tujuan dan goal tersendiri. Bukan semata-mata mahu memenuhi nafsu sendiri. Aku fikir semua ni untuk masa depan... untuk akaun SSPN anak-anak, untuk pergi Haji.

Mungkin itu cara aku memaksudkan Time Changed pada diri sendiri... kehidupan aku. Berubahnya masa, jadikan aku semakin serius dengan isu-isu kewangan dalam keluarga. Yelah, mungkin aku sama seperti kumpulan wanita-wanita bekerja yang lain, cuba nak buktikan perempuan sekarang juga mampu bantu suami. Fakta perempuan tu punya ego lebih tinggi tu memang betul, tapi kadang-kadang aku rasakan ego lelaki juga terlalu ridiculous untuk kita sebagai seorang perempuan cuba untuk memahami. Ditambah pula kuasa sebagai suami tu memang tak boleh disangkalkan. Itu fakta!

   

0 comments: