Friday, November 18, 2011

BAIK MATI ATAU CUBA BANGUN KEMBALI?

Puas aku cuba ingat balik, ada satu topik yang aku mahu kupas dalam blog yang mana tiba-tiba terpetik dalam otak pemikiran aku waktu melayan iklan-iklan murah di kaca TV selingan drama Cinta Elysa aku tonton dengan Jeed. Aku cuba ingat balik, sebab waktu tu, aku memang dah siap draft isi penting dalam otak aku siap berkerut-kerut dahi. Sampaikan Jeed terjah moment aku.... "Amboi concentrate nya tengok tv!"

Puas aku cuba ingat, tapi aku memang tak dapat recall langsung. Tapi aku rasa kalau aku berjaya ingat balik, aku boleh jadikan topik tu satu entri menarik dalam persada blog aku yang kusam tak habis ni. Bukan senang nak hidup sebagai blogger. Setiap hari nak kena fikir apa benda yang patut ditulis untuk sama ada menipu orang lain, atau membiarkan orang lain tertipu (sama lah dua benda tu kan?). Hakikatnya.... memang menyusahkan hidup pun sebenarnya.

Baru-baru ni aku dibebani dengan perasaan takde perasaan... orang kampung aku cakap = moody! So, pada aku, apa saja yang tulis semuanya memang nampak hambar, apatah lagi bila perlu dibaca... memang terus menghambarkan. Ini semua berakar umbi daripada penangan ketidak seronokkan bekerja... atau mungkin aku dah mula kebas dengan perasaan bosan yang sentiasa dicanang-canangkan oleh ramai orang "kerja gomen ni membosankan". Pembetulan, ia cuma membosankan bila konsep pertuanan tu dah lari, yang mana kesilapan pendidikan secara tidak langsung dengan cara mentauliahkan pekerja dengan pelbagai bentuk perumpamaan dan perbandingan. Kes main ugut-ugut tu tak perlu aku elaborate lebih panjang! Sehingga aku rasakan kata-kata "kepimpinan melalui teladan" dah tak perlu lagi nak digahkan.

Mungkin persepsi kita berbeza mengikuti masa. Perubahan emosi, sensitivity sudah menjadi satu tanda must-have dalam bidang kerja. Percakapan seperti....

Jangan marah saya, saya sensitif
Jangan kasi kerja banyak, nanti saya stress
Jangan lah bagi saya kerja susah, saya tak tahu nak buat
Jangan suruh saya kerja lebih masa, saya tak mahu
Jangan suruh saya buat itu ini, gaji saya tak banyak macam gaji kamu

Itu dah menjadi satu dialog normal yang kita akan dengar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dan sinonim juga dengan kehidupan manusia itu, penuh dengan alasan...

Tapi betullah kata Ungku Aziz...
Orang yang banyak cakap dan tak buat kerja tu... Baik Mati!

1 comments:

khairulorama said...

suka membaca posting anda banyak cakap baik mati, tong kosong!

http://khairulorama.wordpress.com/2011/11/21/melayu-terhebat/