Semalam aku masuk kerja semula setelah selesai bercuti raya. Raya Korban kali ini balik ke Jengka. Satu-satunya rumah yang aku boleh kunjung untuk rasa nikmat punya kampung, dan rasa asli lemak santan dan asli rangup kacang botol.
Bukan senang nak merasa terujanya menyabit jantung pisang, mesin kelapa, potong daging, bau tempoyak yang masih tolerable, sidai baju di ampaian balik pokok. Seronok!
Tiba petang, duduk di kerusi rotan beralaskan sponge tebal mengadap padang besar hijau depan rumah yang dipisahkan jalan sempit yang berturap. Sesekali terdengar ayam berkokok, cari telur ayam yang mahu dieram hilang entah ke mana. Dengan sayup-sayup angin petang yang menantikan hujan, aku duduk di situ dan baca buku "Sayang disayang" tulisan Khairuddin Ayip. Bersungguh aku baca, sampai terlelap.
Bila aku terjaga.... aku masih disitu, duduk di kerusi rotan beralaskan sponge tebal mengadap padang besar hijau depan rumah yang dipisahkan jalan sempit yang berturap.
0 comments:
Post a Comment