Friday, November 11, 2011

KISAH TEATER YANG MAIN JUTA-JUTA PUNYA KOS!

Aku bukan mahu buat review tentang pementasan teater juta-juta yang aku dah tengok semalam. Sedikit cuma aku mahu mengupas ringkas tentang excitement menonton teater pendek itu semalam. Pertama sekali, bukan senang nak dapat masa untuk aku have my own entertainment time since aku dah mula jadi isteri orang. Dan bukan senang untuk pujuk Jeed ikut sekali aku ke dewan eksperimental itu. Selain dia tak habis-habis mati-mati bertanya "Tahu tak tempat tu kat mana?" , dengan muka sedikit frustrated  aku cuma menjawab, tahu!

Aku kenal Fas dari zaman belajar di UKM dulu. Tak perlu aku ceritakan lebih lanjut kronologi perkenalan kami, tapi kalau tak kerana ajeed aku pun tak kenal Fas. Dan kalau tak kerana concert incubus aku pun tak tahu dia satu Fakulti dengan aku. Sumpah masa mula-mula aku kenal dia, aku tak pernah sangka dia adalah budak teater... seni mungkin nampak ada. Tapi teater?

Teater juta-juta memang berbeza daripada prediction aku bila pertama kali tengok tajuk teater. Siapa sangka teater juta-juta tu cuma satu persepsi atau idea pendek, rawak, main langgar tapi disampaikan dalam skop yang    mudah, cepat, kemas dan penuh isi. Gila kau, ingat senang ke nak berinteraksi dengan audience dengan mimik muka yang gila babi serius, senyum memang ke telinga, dahi dan mata berkerut, tak lupa juga gaya badan yang betul-betul buat aku rasa seperti "eh kau tengah bertanya pada aku kah? aku kena jawab kah?". Walaupun aku rasa sedikit annoyed dengan kekekan kumpulan akak-akak belia yang duduk selang satu kerusi daripada aku, tapi aku rasa aku tak boleh halang refleksi dia dek impak persembahan.

Aku tak mahu membeza-bezakan karakter atau membandingkan mereka dengan barisan pelakon-pelakon lain. Tak kisahlah walaupun ada yang rasa macam Aaron Aziz mahupun Hafiz awan nano. Tapi aku betul-betul kagum dengan variety persembahan daripada Fazleena. Dia punya gaya cakap, gaya badan memang absolute berani! Memang absolute jujur. Mula-mula dia greet audience aku dah rasa gegar jantung. Naik bulu roma! Dia punya bahasa cukup jelas, tidak melebih-lebih dan kena dengan rentak dan plot cerita. Kalau ada undian sms malam tu, memang confirm aku undi pukal 20 untuk dia! Untuk jadi pelakon teater perempuan yang berjaya, aku tak nafikan, kau memang kena berani, selain punya wajah muka yang sedap dipandang mata, intonasi suara dan gaya yang tidak melebih-lebih juga penting bagi mengelakkan audience berasa menyampah dengan persembahan cliche.

Tentang cerita, aku rasa terpulang kepada penerimaan setiap individu. Dan aku rasa tak patut kot untuk seseorang itu bertanya "Apakah mesej yang cuba disampaikan?" Kenapa korang tak dapat tangkap ke? Korang tak faham? Korang takde pernah ada persepsi? Tak boleh predict? 


Okay, mungkin aku belum sampai level "itu" untuk komen lebih-lebih tentang perkara yang bukan dari bidang aku. Tapi sebagai salah seorang audience malam tu, aku dapat tangkap, aku rasa betul, kisah Tuah dan Jebat tu memang takkan pernah habis. Baik diorang buat satu cerita yang memang tak pernah disingkap di mana-mana ruang media. Untuk buka cerita tentang orang yang tak pernah tahu. Barulah orang takkan membanding-banding. Ni tak... nak buat cerita pasal sejarah melayu asli... tapi pelakon? Muka mat salleh, yang cakap bahasa ibunda pun bersimpul lindah...

Teater juta-juta di putrajaya bermula 10 sehingga 13 November... Pas masuk RM20... dekat dewan eksperimental, atas bangunan pejabat MAS depan Istana Kehakiman. Apa lagi? Tak rugi cuba tengok!

3 comments:

Vitamin said...

terima kasih kerana sudi datang menonton. :)

fazleena said...

tq for the review.:)

dcharmed said...

:)