Thursday, December 08, 2011

MEE UDANG

Semalam penceramah dalam kelas kelam kabut cuba habiskan syllabus dengan cepat. Hal-hal pembentangan pun semua buat asal siap… aku punya level mengantuk dah semakin memalukan aku bila aku asik-asik tersengguk mendengar ceramah, sesekali, aku rasa penceramah tu jelling-jeling kea rah aku yang terlena sambil mulut ternganga.

Macam-macam perancangan aku dengar, selain ada juga satu dua pegawai yang memang serius dengan topic pembelajaran dalam kelas waktu tu. Aku macam biasa, aku dengar dan aku explore kemudian. Punyalah cepat kelas mahu dihabiskan petang tu, sampaikan sesi Q&A pun takda lansung soalan yang diajukan. Aku senyum….Boleh balik awal! Agak-agak kelas nak habis, mula pula aku dengar bunyi-bunyi yang membuatkan aku lapar…

Sapa lagi yang nak ikut makan mee udang D’King ni?

AKU!

Cepat-cepat aku angkat tangan dan terus melupakan perancangan aku untuk membuta dalam bilik petang tu!
Pencarian kedai mee udang yang katanya paling sedang di Sg Petani tu bermula dengan situasi yang cemas, apabila kami hampir-hampir sesat entah ke mana, tapi dipendekkan cerita, kami berjaya juga jumpa!

Berdebar-debar aku nak rasa mee udang tu, terbayang-bayang bergelimpangan udang dalam pinggang yang melimpah ruah kuahnya. Kena pulak dengan rasa manis-manis otak udang, macam-macam lah aku bayangkan. Mee kuning cukup lembap direndam dalam kuah yang panas…rasa pedas, manis… kena pulak dengan Nescafe tarik panas yang aku order… makan pula time-time waktu gerimis baru lepas hujan lebat…

Lepas jek sepinggan habis aku makan, dan diselangi dengan Nescafe panas aku hirup… aku jadi terus takda perasaan…

“sama je rasa macam aku makan char kwey teow special kat taman warisan dekat rumah aku!” 

Aku kesat mulut yang selebet kena percikkan kuah mee udang yang cair!

2 comments:

'arif said...

mee udang kat sungai dua ke beb?

dcharmed said...

mee udang the king... (tu jek yang aku igt)