Musim-musim cuti sekolah ni, weekend memang akan full dengan aktiviti. Tak menang tangan satu, tapi dia punya rasa seronok tengok Jeed tak dapat nak lelap mata waktu-waktu siang hari memang satu kepuasan bagi aku! Keh keh keh
Tolak kes mimik-mimik muka bosan yang cuba ditunjukkan oleh Jeed waktu kami sekeluarga berpleseran di pusat membeli-belah, aku rasa kami berdua dah gaya macam kahwin muda beranak 3... sekarang dah main gilir-gilir dukung budak, tapi bukan anak aku, tu anak abang ipar aku.
Semalam juga kami berjaya membuat keputusan yang bijak dengan menghantar adik-adik pulang ke hostel dengan menaiki kenderaan awam. LRT. Semalam punya hujan, memang lebat! Awan putih langsung tak nampak, langit kelam-kelam kelabu, jalan KL tak perlu lah nak predict macam mana gampang dia punya jem. Lantas adik-adik terpaksa reda dengan keputusan orang yang lebih tua, untuk meneruskan perjalanan menaiki tren. Lencun kami basah bersama.
Sampailah motif penceritaan aku, tentang suasana di dalam tren dalam era selepas 3 tahun lebih aku meninggalkan kebiasaan itu. Berbeza, memang berbeza, sekarang pun dah tak main pakai tiket kertas recycle, diorang dah implement lagi canggih! Pakai token, gaya-gaya cip parking kereta tu...
Dalam tren
* sesak disebabkan ada jugak manusia-manusia yang rasa seni hedonisme kat konsert sure heboh tu patut ditonton seisi keluarga musim-musim cuti sekolah ni.
* berbau hapak disebabkan manusia-manusia yang daripada konsert sure heboh tu basah lencun masuk ke tren
* golongan sosialis berbual tentang konsep orang bertudung tu tak semestinya baik sangat, dan orang yang seksi dan sosial tu sebenarnya lagi baik dan berhati mulia
* penuh dengan fashion-fashion victim yang merasakan legging itu cool kalau dikenakan dengan tight shirt menutupi paras-paras bontot dan diaksesorikan dengan tali pinggang sendat di bawah tetek.
* budak-budak sekolah sekarang tak pandai pilih bakal pasangan hidup dan merasakan bercium di khalayak ramai itu barulah urban!
* orang menjerit-jerit "jangan tolaklah" dan "dah penuh dah penuh, tak payahlah masuk!" masih lagi ada dalam zaman yang dikatakan inovasi menjana kemajuan ni.
* dah kurang penumpang di kalangan golongan tua
* budak-budak umur 8 tahun dah mula layan iPhone / iPad sementara menunggu sampai ke destinasi tujuan.
* masih lagi ada golongan yang kuat tidur walaupun tempoh perjalanan tak sampai setengah jam! (akulah tu!)
Aku buat kesimpulan... mak bapak kena mainkan peranan yang lebih bijak dalam menyusun strategi pengurusan keluarga dan cara meningkatkan kuasa sebagai pendidik dan bukan sebagai pemberi semata-mata. Korang faham dengan apa maksud aku dengan "pendidik" dan "pemberi" tu? Fikir-fikirkanlah...
0 comments:
Post a Comment