Waktu tu, dalam kereta, dalam perjalanan berziarah saudara di Terengganu, pertama kali merasa meriahnya menyambut hari raya di pantai timur. Tuhan saja yang tahu, betapa sukarnya aku cuba untuk sembunyikan segala duka di depan khalayak ramai yang sewajarnya aku bergelak tawa bersama.
Kami menyelusuri lewat malam, mengharungi jalan yang dilimpahi cahaya lampu jalan, dengan berpusu-pusu kenderaan berselisih di setiap simpang. Corong radio tak pernah lekang dengan lagu-lagu raya yang jelas menikam hati... tapi masih aku mampu kawal air mata.
Sampailah satu ketika, jiwa aku menjadi terlalu fragile dan tidak termampu menakung air yang mula berkaca. setitis demi setitis mengalir... mengalir bagai tidak langsung boleh dikawal. Rebah dan lemah segala sendi... cuba merangkul satu jiwa yang terlalu fragile untuk dijaga.
Sehingga tak mungkin termampu saksi,
Setitis pun air matamu kasihku,
Sehingga kau katakan,
Akulah awan itu yang kau rindu....
"Yang, are you okay?"
"I Sakit kepala, sangat-sangat...." aku cuma sembunyikan sedih itu daripada jelas di mata sekeliling...
Jeed teruskan pemanduan, sambil sebelah tangan kiri merangkul kemas genggaman tangan aku... dan lantas makin berjurai air mata tidak dapat dibendung.
Waktu itu, aku rasakan betapa celakanya aku sebagai seorang anak!
.........
Aku tak nafikan, Hafiz layak menang dengan lagu awan nano itu, dia layak untuk menang bila lagu sedetik lebih tidak dinyanyikan sendiri oleh Anuar Zain, kalau tak, minta maaflah hafiz, munkin kamu adalah pilihan ke-dua.
[full stop]
1 comments:
bila dgr lagu awan nano..mesti aku teringat Johan RL..
Post a Comment