Wednesday, January 04, 2012

GENG BAS SEKOLAH

Tahun baru, mak bapak biasanya mula gabra uruskan hal-hal sekolah anak. Bagi yang sudah beranak-pinak, persediaan ini menjadi satu kebiasaan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan anak-anak yang lepas. Bagi yang belum, mau boleh demam! Ofis pun mula lengang. Setakat cuti seminggu, apa ada hal! Aku belum lagi ada anak, aku pun tak boleh nak cerita pengalaman menguruskan anak-anak sekolah. Tapi itu tak bermakna aku tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian.

Dalam hiruk pikuk pembangunan teknologi sekarang, perkembangan otak dan tumbesaran anak-anak meningkat dengan drastiknya. Aku tak nafikan kalau dikatakan kehendak memiliki iPad /  Handphone untuk dibawa bekalan ke sekolah itu menjadi satu keperluan zaman ni. Tengok saja pada pilihan keperluan sekolah, ada yang dah pandai kata "Bata? Mana ada kelas!".

Mak bapak pun tak kurang excited, penuh timeline dalam fesbuk dengan gambar-gambar anak-anak memulakan alam persekolahan. Ada juga anak-anak yang sempat membuat komen pada gambar-gambar yang mak bapak diorang upload dalam fesbuk. Tak perlulah aku mulakan dengan topik cikgu pun nanti bakal buat pengumuman kerja sekolah dalam fesbuk.

Walaupun zaman sudah berkembang maju, dan anak-anak zaman sekarang dah dihujani dengan macam-macam kesenangan atau pun orang kampung aku cakap bahasa simple... pampered enough. Masih ada segelintir daripada anak-anak yang tak reti dengan konsep bersyukur dan berdikari sendiri. Yang terlebih bijak pun ada, tu lagi paling buat sakit kepala. Habis semua bahasa dia nak belajar. Mak bapak pening kepala kira duit nak bayar yuran.

Pendek cerita... masa mula alam persekolahan ni lah satu masa kita dah kasi peluang pada anak-anak untuk lepas satu kaki ke dunia sebenar. Belajar macam mana ikut peraturan, berdisplin, kenal lagu negaraku, belajar beratur beli makanan di kantin, tahu menepati masa... dan yang paling penting, menghormati cikgu. Tak kira bangsa atau agama. Cikgu tu paling kuat dalam area persekolahan, bijak mana dan bodoh mana pun kita, kalau takde rasa hormat guru, tak guna mana ilmu yang kita duk galas dalam beg sandang setiap hari pergi sekolah. Mak bapak pula tak bolehlah nak kasi lepasa tangan suruh cikgu jaga anak-anak masa waktu sekolah... tanggungjawab tu tak bermaksud "berehat" di situ. Itu kena ingat!

Cuma sekarang ni, aku kagum dengan satu terma baru...

TRANSIT... zaman aku dulu, mana ada pakai term transit ni! Sekolah pagi sekolah petang lah je pun kalau ada (sekolah pagi - sekolah kebangsaan, sekolah petang - sekolah ugama). Sekolah pagi aku kayuh basikal, sekolah petang pun aku kayuh basikal. Tiap-tiap hari bawak dua beg, lalu tanah merah lecak. Cuba bayangkan macam mana gaya kasut sekolah putih takde jenama aku masa tu!


0 comments: