Monday, January 30, 2012

AKULAH AWAN ITU YANG KAU MAHU

Waktu tu Hari Raya ke-6 tahun 2011. Pertama kali berpisah dengan ummi waktu Hari Raya, meninggalkan dia tanpa berteman... sebaknya hati tuhan saja yang tahu. Bila panggilan tidak dijawab, pesanan SMS langsung tidak dibalas. Aku faham, hati ibu mana yang tidak sayu bila anak-anak tiada meneman, lebih sayu bila ianya Hari Raya.... hari yang sewajarnya mendatangkan kegembiraan untuk semua.Ummi terus menyenderi, lagaknya seperti tida mahu dihiraukan...

Waktu tu, dalam kereta, dalam perjalanan berziarah saudara di Terengganu, pertama kali merasa meriahnya menyambut hari raya di pantai timur. Tuhan saja yang tahu, betapa sukarnya aku cuba untuk sembunyikan segala duka di depan khalayak ramai yang sewajarnya aku bergelak tawa bersama.

Kami menyelusuri lewat malam, mengharungi jalan yang dilimpahi cahaya lampu jalan, dengan berpusu-pusu kenderaan berselisih di setiap simpang. Corong radio tak pernah lekang dengan lagu-lagu raya yang jelas menikam hati... tapi masih aku mampu kawal air mata.

Sampailah satu ketika, jiwa aku menjadi terlalu fragile dan tidak termampu menakung air yang mula berkaca. setitis demi setitis mengalir... mengalir bagai tidak langsung boleh dikawal. Rebah dan lemah segala sendi... cuba merangkul satu jiwa yang terlalu fragile untuk dijaga.


Sehingga tak mungkin termampu saksi, 
Setitis pun air matamu kasihku, 
Sehingga kau katakan, 
Akulah awan itu yang kau rindu....




"Yang, are you okay?"
"I Sakit kepala, sangat-sangat...." aku cuma sembunyikan sedih itu daripada jelas di mata sekeliling...

Jeed teruskan pemanduan, sambil sebelah tangan kiri merangkul kemas genggaman tangan aku... dan lantas makin berjurai air mata tidak dapat dibendung.

Waktu itu, aku rasakan betapa celakanya aku sebagai seorang anak!

.........

Aku tak nafikan, Hafiz layak menang dengan lagu awan nano itu, dia layak untuk menang bila lagu sedetik lebih tidak dinyanyikan sendiri oleh Anuar Zain, kalau tak, minta maaflah hafiz, munkin kamu adalah pilihan ke-dua.

[full stop]

Thursday, January 26, 2012

DINDING MUKA BUKU

Bagi sesetengah mereka yang menganggapkan berhibur itu adalah satu yang menyeronokkan mungkin berpendapat bahawa 20% yang tersisa selain daripada pelu makan, tidur, bekerja dan amal ibadat perlu dilengkapkan dengan hiburan... itu pun kalau tidak di"jamakkan" sekali 30% amal ibadat bersama.

15% untuk bekerja dan belajar, 5% lagi untuk makan. Boleh percaya ke untuk makan cuma ada 5% keperluan. Hiburan melebihi daripada makan? Nampak tak logik kan? Tapi kena juga ambil peduli, konsep hiburan tu sama juga konsep nya dengan melepak di kedai mamak sambil minum teh tarik dan sekeping roti canai... atau pun melayan rancangan-rancangan berunsur dakwah seperti Ustazah Pilihan. Mana pula hilang peratus kepentingan untuk kita tidur supaya tumbesaran badan kita boleh menjadi-jadi???

Pecahan peratus tu, aku main tembak jek, cuma aku nak menampakkan yang ada lebih 5% dalam amal ibadat tu menunjukkan diwajibkan untuk dibuat. Hal ni termasuk macam-macam jenis amal ibadat, ikut pegangan ugama masing-masing; dan tak guna kalau 30% amal ibadat tu lengkap tapi 20% tanggungjawab terhadap orang tua dijadikan satu perkara yang sunah dan bukan wajib.

Kena pulak zaman-zaman dah ada fesbuk ini, asal rasa tak puas hati, asal rasa nak memberontak, kasi pos ke dalam fesbuk. Tahu konsep punching-bag ni memang sesuai untuk kurangkan depresi, tapi tak bermaksud dengan cara memberontak dan mendapat sokongan kawan-kawan yang bersifat lebih kurang jahil tu menandakan kita cukup kebal untuk tunjuk kita terlalu intelligent di dunia virtual. Ingat, doa seorang ibu dan ayah satu benda yang cukup makbul... dan siapa kata kisah si tanggang tu cuma satu dongengan... dalam era serba moden sekarang ni, macam-macam benda boleh jadi!

Google pun boleh jadi satu pemangkin bantuan yang paling efektif! Jangan main-main! Kuasa Allah tu tak ada nak kira zaman batu / zaman moden tau! So, Jangan jadi anak derhaka baik di dunia nyata mahu pun di dunia virtual.

Monday, January 16, 2012

SERIOUSLY? PENDIDIKAN SEKS SEAWAL 7 TAHUN?

Di pejabat, aku boleh dikatakan rapat dengan beberapa rakan kerja. Semua nama tak perlulah aku nak reveal kan di sini, sekadar nama-nama pendek aku berani guna. Dengan sorang member yang aku title kan dengan panggilan akak ni, aku memang kawtim. Setakat nak buat lawak kering, adalah juga aku dengar gelak-gelak serak basah dia layankan aku. Memang sincere lah sikit-sikit.

Oh nama member aku sorang ni aku panggil kak zana.

3 Hari lepas, aku berborak dengan kak zana dalam bilik hotel tempat penginapan kami sewaktu bengkel 2 hari 3 malam di Port Dickson. Dengan gaya busy body aku yang sibuk bertanya apa benda yang dia borakkan dengan suami dia sampai bergelak sakan sehingga menyebabkan aku teringin sangat nak tahu topik perbualannya.

Sebelum cerita, dia pun bantai gelak dulu.

kak zana: Husband kak zana cerita, hari ni zaim dah dapat homework pertama
aku : Oh, hari ni diorang dah start kelas ke? homework apa?

*kak zana, sambung gelak balik*

kak zana: dia kena lukis alat kelamin perempuan dan lelaki...
aku: what the? apa jenis subjek tu?
kak zana: first day, diorang dah start pendidikan seks!
aku : what the? budak darjah 1 dah belajar pendidikan seks? sampai kena lukis?!
kak zana: tulah pasal! dia bantai cakap teacher dia cakap faraj tu lelaki punya, zakar tu perempuan punya...
aku: apa mangkuk teacher dia tu?!
kak zana: si zaim tu yang tersilap kot, papa dia betulkan balik, dia bantai marah cakap "mana papa tau!?"
aku: *masih ternganga*

Pendidikan seks seawal 7 tahun? Macam mana gaya sillibus pengajaran subjek mencabar tu untuk pemikiran kelompok budak darjah 1 dalam era dunia yang penuh canggih dengan Google dan Youtube ini?! Aku bukan cuma bersifat ortodoks, tapi aku cuma risaukan lebih bagaimana gaya penerimaan anak-anak muda hingusan ini yang jiwa INGIN TAHU nya lebih mendalam daripada apa yang kita pernah sangkakan. Silibus tak berapa logik ni juga sekali gus menambahkan beban kepada belasan subjek pembelajaran untuk anak-anak seawal 7 tahun. SERIOUSLY? 7 tahun, belajar belasan subjek? Giler tak fun!

Wednesday, January 04, 2012

GENG BAS SEKOLAH

Tahun baru, mak bapak biasanya mula gabra uruskan hal-hal sekolah anak. Bagi yang sudah beranak-pinak, persediaan ini menjadi satu kebiasaan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan anak-anak yang lepas. Bagi yang belum, mau boleh demam! Ofis pun mula lengang. Setakat cuti seminggu, apa ada hal! Aku belum lagi ada anak, aku pun tak boleh nak cerita pengalaman menguruskan anak-anak sekolah. Tapi itu tak bermakna aku tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian.

Dalam hiruk pikuk pembangunan teknologi sekarang, perkembangan otak dan tumbesaran anak-anak meningkat dengan drastiknya. Aku tak nafikan kalau dikatakan kehendak memiliki iPad /  Handphone untuk dibawa bekalan ke sekolah itu menjadi satu keperluan zaman ni. Tengok saja pada pilihan keperluan sekolah, ada yang dah pandai kata "Bata? Mana ada kelas!".

Mak bapak pun tak kurang excited, penuh timeline dalam fesbuk dengan gambar-gambar anak-anak memulakan alam persekolahan. Ada juga anak-anak yang sempat membuat komen pada gambar-gambar yang mak bapak diorang upload dalam fesbuk. Tak perlulah aku mulakan dengan topik cikgu pun nanti bakal buat pengumuman kerja sekolah dalam fesbuk.

Walaupun zaman sudah berkembang maju, dan anak-anak zaman sekarang dah dihujani dengan macam-macam kesenangan atau pun orang kampung aku cakap bahasa simple... pampered enough. Masih ada segelintir daripada anak-anak yang tak reti dengan konsep bersyukur dan berdikari sendiri. Yang terlebih bijak pun ada, tu lagi paling buat sakit kepala. Habis semua bahasa dia nak belajar. Mak bapak pening kepala kira duit nak bayar yuran.

Pendek cerita... masa mula alam persekolahan ni lah satu masa kita dah kasi peluang pada anak-anak untuk lepas satu kaki ke dunia sebenar. Belajar macam mana ikut peraturan, berdisplin, kenal lagu negaraku, belajar beratur beli makanan di kantin, tahu menepati masa... dan yang paling penting, menghormati cikgu. Tak kira bangsa atau agama. Cikgu tu paling kuat dalam area persekolahan, bijak mana dan bodoh mana pun kita, kalau takde rasa hormat guru, tak guna mana ilmu yang kita duk galas dalam beg sandang setiap hari pergi sekolah. Mak bapak pula tak bolehlah nak kasi lepasa tangan suruh cikgu jaga anak-anak masa waktu sekolah... tanggungjawab tu tak bermaksud "berehat" di situ. Itu kena ingat!

Cuma sekarang ni, aku kagum dengan satu terma baru...

TRANSIT... zaman aku dulu, mana ada pakai term transit ni! Sekolah pagi sekolah petang lah je pun kalau ada (sekolah pagi - sekolah kebangsaan, sekolah petang - sekolah ugama). Sekolah pagi aku kayuh basikal, sekolah petang pun aku kayuh basikal. Tiap-tiap hari bawak dua beg, lalu tanah merah lecak. Cuba bayangkan macam mana gaya kasut sekolah putih takde jenama aku masa tu!