tag:blogger.com,1999:blog-284732132024-03-06T02:53:12.997+08:00Kotak HatiEmpunya seorang yang ada cita-cita yang biasa-biasa saja dan lelah mencari jalan pulang.... who almost said "I'm Done... I'm Just Done" Tapi tak boleh MOVE ONUnknownnoreply@blogger.comBlogger45125tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-16271359727815094902022-10-12T10:28:00.000+08:002022-10-12T10:28:01.580+08:00Diam
Perlu lagi lama kah aku terus berdiam?

Untuk melupakan kisah minggu yang lalu bukanlah semudah yang dikata. Untuk memafkan, lama sudah terjadi, tapi untuk melupakan ia bagaikan cuba menggosok kertas yang telah renyuk seribu. Sampai ke hari ini, masih terasa mata berdenyut, bisa masih terasa. Terasakan seperti sudah terlalu kering kerana habis sudah semua air mata.

Munking untuk orang lain ianya satu perkara enteng yang harus saja dibiarkan berlalu. Sememangnya aku sudah biarkan hari itu pergi, dan aku juga telah move on. Namun hakikat untuk meneruskan hari yang baru itu juga perlu dengan cara yang baru. Cara aku yang baru... Lebihkan berdiam. Kerana diam itu lebih menyelamatkan diri daripada sangkalan jahat...

Kerana merasakan diri kita lebih baik dari orang lain itu, adalah satu perkara paling sombong yang manusia selalu terlupakan...

Malahan pula aku seringkali berfikir... besar sangatkah kesilapan aku hingga aku perlu dibandingkan?
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-89196962010197781382021-12-24T21:58:00.001+08:002021-12-24T21:58:30.990+08:00Kisah Banjir 2021
Sedar tidak sedar, lebih setahun tidak menulis. Di sini...

Bila umur semakin menginjak tua, banyak perihal sudah jadi bukan lagi keutamaan. Sesuatu yang dulunya satu hobi atau kesukaan juga mudah luput dari ingatan. Mungkin juga penangan pandemik, kehidupan sudah kurang rancak berbanding dulu. Sekarang juga orang lebih gemar membaca di Sosial Media berbanding blog.

(eh aku berharap ada orang menjengah ke sini kah?)

Belum lagi habis dengan kisah pandemik, waktu ini kita dibentangkan dengan musibah baharu... Banjir teruk yang melanda barat-selatan semenanjung. Negeri pantai timur Pahang khususnya juga terkesan hampir setiap tahun.

Menjentik hati bila sahabat-sahabat terdekat juga menjadi antara mangsa musibah. Namun, jelas di wajah mereka, reda, tenang dan tetap bersyukur.

"Ini cuma ujian kecil tuhan berikan"

Namun besar nilai kepedulian orang ramai berikan. Tidak terbalas dengan hanya sekadar terima kasih.

Sumbangan apa jenis sekali pun yang diberikan oleh ramai waktu ini, tidak wajar dinilai-nilai kan. Biar pun ada yang sekadar menyumbang tenaga kudrat tanpa wang.

Hikmah yang terlindung antara setiap budi pekerti manusia hanya boleh dilihat oleh mereka yang reda dan hanya terpancar dari keikhlasan yang memberi.

Sehinggakan aku terdetik di hati, mungkin ada di antara mereka sanggup berhempas pulas membantu orang lain untuk meringankan musibah. Padahal sebelum ni, langsung dia tak peduli hatta nak basuh pinggan selepas makan.

Ada yang pejam mata menyumbang wang ringgit, padahal sebelum ni nak berbelanja untuk keluarga pun dia berkira.

Itulah antara hikmah... nampak kecil tapi besar nilainya menunjukkan empathy seorang manusia.

Cukuplah menyalahkan si dia atau si anu...

Menangkah kita kalau menyalahkan yang lain dan dalam masa yang sama menyakiti mereka yang terasa tempiasnya?

Saya pun penjawat awam juga.

Tak semua penjawat awam tu bodoh dan lembap.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-67287764008697363872020-04-15T00:18:00.002+08:002020-04-15T00:18:44.918+08:00Twenteehhh Meehh?Awal tahun ini dibanjiri dengan dugaan... satu dunia terasa kesannya. Semua tak bersedia, ada yang masih seperti tidak percaya.

Mula-mula semua sibuk menghitung hari, sekarang sampaikan hari apa pun dah tak sedar. Tau-tau sudah Jumaat, dan Jumaat pun sudah tidak riuh kenderaan bergegas ke masjid.

Rasa janggal berhadapan dengan rutin harian yang totally lari daripada biasa. Tapi yang peliknya, masa berlalu macam air paip mengalir. Pantas. Aku lupa apa misi tahun ini, aku lupa apa yang penting perlu didahulukan, semua lah aku lupa.

Satu benda yang keeps me awake... The phone.

SHIT lah.

Malu dengan diri sendiri.

Malu dengan mak ayah.

Malu dengan anak-anak.

Malu dengan Tuhan.

Punyalah banyak perkara yang sepatutnya selesai dalam masa terluang. Tapi aku pilih untuk chill dan kaji dunia semasa. Bukan lah sangat pasal how to build good business atau pasal how to make good investment... tapi lebih kepada perkara remeh yang tak perlu pun untuk diambil peduli. Entah apa yang aku sibukkan sangat pasal dunia.

Masa-masa ni juga, ramai orang sepi. Aku rasa semua orang masih panik. Aku tak dapat involve in fruitful conversation. Semua mesej masuk bukan pesan-pesan yang aku cari untuk bantu aku untuk terus keep calm. Banyak pun yang dipanjang-panjangkan daripada yang lain.

So apa cerita yang paling bagus boleh aku baca sekarang ni?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-20923058825373918282019-02-19T09:26:00.000+08:002019-02-19T09:26:45.567+08:00Rumah Vs Tempat Kerja

kita hidup dalam suasana everyone wants to be cool and supportive. Tapi sebenarnya, tak semua yang kita buat itu benar-benar ikhlas dari hati kita.

Kita sememangnya kena faham dengan realiti zaman ini, semua orang lebih banyak habiskan masa di tempat kerja berbanding rumah. Suami, isteri, anak-anak... kita ada another world yang kita bina di luar rumah. Di mana semuanya akan jadi berbeza. Tingkah laku, cara bercakap, cara bersosial semuanya berbeza. Suasana di tempat kerja yang lebih ramai orang boleh bergaul, lebih banyak aktiviti yang boleh dibuat membuatkan kita selalu terlupa yang kita ada priority yang kita sudah tinggalkan...

rumah...

dan isinya.

Bila di rumah, kita jadi orang yang lain. Segala kepenatan di tempat kerja, kita hempaskan ke ruang isi rumah. Rumah menjadi sepi, isi rumah hilang.

Saya menjadi saksi. Melihat bagaimana kita mudah berubah semata untuk jadi cool di hadapan orang lain, dan tidak menghiraukan sama ada tingkah laku kita itu akan mengecilkan hati orang lain.

Saya melihat bagaimana mereka mudah bergaul sesama sendiri, bertepuk tampar, berborak manja, berswafoto, walaupun hakikatnya ada di antara mereka sudah pun bergelar isteri/suami orang. Pada mereka, chill lah... suka-suka sahaja katanya. "come on... sporting sikit". Yep itu realiti...

Kita perlu jadi cool semata untuk tidak digelar jakun mahupun membosankan. Kita perlu menganggap perkara itu bukan satu kesalahan, kita perlu menganggap ia adalah dibolehkan kerana kawan-kawan setempat kerja. Kita cuba untuk tegur, tapi tak mampu. Nanti kita akan dipulaukan. Kita cuba nasihat cara baik, tapi dikatanya kita berfikiran negatif. Kita cuba membantu untuk menghindar, tapi semakin rapat...

Makanya apa saja boleh kita buat? Mengizinkan perkara itu terus berlaku di hadapan mata kita sehingga nanti terkena dek batang hidung sendiri?

Atau sebenarnya dah terkena pun?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-13648044359469787852019-01-23T08:21:00.003+08:002019-01-23T08:21:30.668+08:00VKasihan... pada diri sendiri yang sering tersalah meramal masa.

Kasihan... pada diri sendiri yang sering bersusah payah menyediakan yang terbaik

Kasihan... pada diri sendiri yang sering kepenatan

Saya kasihan pada orang-orang yang bersungguh untuk membahagiakan orang lain tetapi diri sendiri terluka.

Saya kasihan pada diri sendiri.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-35419827634398443252019-01-02T09:30:00.000+08:002019-01-02T09:30:17.367+08:00Tahun Masihi 2019

Ada banyak "harapan" yang tertanam dalam lubuk hati saya. Sehingga sekarang saya tidak pasti mana satu yang perlu saya beri keutamaan. Semuanya nampak seperti lebih kepada kehendak berbanding keperluan.

Tapi sedar tidak sedar sekarang sudah mula tahun 2019. Hari kedua yang seperti hari semalam baru sahaja saya terkenang semua memori lama. Semua bahagia yang saya peluk kemas dalam jiwa saya dan segala duka yang saya simpan dalam tertanam dalam perbendaharaan hati saya paling dalam. Tidak sangka, sebegitu cepat masa berlalu sehingga telah banyak masa yang saya bazirkan dengan air mata.

Enough of the cliche....

Saya berharap untuk hari-hari yang mendatang, lebih banyak doa bermohon agar dihapuskan segala dosa dan dihujani bahagia untuk mereka-mereka yang saya kasihi dapat saya himpunkan berbanding memohon segala kebahagian dunia semata.

Oh mungkin satu lagi... saya berharap dipermudahkan saya untuk melangsaikan segala hutang dunia sebelum ia menjadi beban durjana apabila saya mati nanti. Gila saya rasa... makin tua, rasanya bahu makin berat menanggung hutang.

Dan saya harap tuhan tetap mendengar rintihan hati saya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-39717165287673921572018-12-19T14:49:00.002+08:002018-12-19T14:49:45.838+08:00See you later

Hampir terlupa wujudnya ruangan ni dalam sebahagian hidup aku. Lama sudah aku tinggalkan. Semenjak aku rasa aku terlalu selfish untuk menulis tentang diri sendiri.

Dan jadi kelakar bila aku rasa aku teringin nak menulis semula kerana aku rasa it is not impossible sekiranya akan ada seseorang yang concern tentang diri aku dan rindukan penulisan aku. Hah! So funneh bila rasa seperti memuji diri sendiri dan perasan.

2019 bakal menjelma, aku masih seperti dulu... masih berdua bersama suami yang sentiasa mendampingi waktu bangun dan jatuh aku. People started asking awkwardly, kenapa kami masih berdua...?

Tidak mahu memanjangkan perihal itu...

Well, untuk tahun baru yang akan datang, aku berharap sel-sel otak aku dapat berhubung baik untuk menulis sesuatu yang lebih bermakna untuk dikongsi bersama. Dan tidak lah ruangan ini terlalu kosong sehingga kotak hati terlalu terbeban memendam isi hati yang tidak dapat diluahkan.

For the time being... Carpe diem...

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-53142387563672976452017-09-07T21:31:00.001+08:002017-09-07T21:31:15.448+08:00Shit

it is may easy to forgive...

but not easy to forget....

it still linger in my head... every fucking hours!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-35247496601735380882017-08-17T01:08:00.003+08:002017-09-07T21:29:48.272+08:00Just say itAda sebab kenapa kita sentiasa pendam perasaan ingin tahu...

Selalu mahu tahu sama ada esok hujan atau tidak

Mahu tahu sama ada makanan yang kita masak cukup atau tidak

Mahu tahu kalau minyak kereta kita cukup untuk perjalanan

DAn itu semua benda remeh...

Ada perkara penting lain yang kita benar-benar perlu tahu

Kita perlu tahu tentang sejauh mana kejujuran seseorang kepada kita

H o n e s t y

Dan dalam perjalanan hidup seperti kapal layar dipukul ombak

ada sebab kenapa kita biarkan diri kita dipermainkan dek emosi...

dan kita gunakan alasan, kita cuma mahu tahu.

Bukan saja-saja mahu tahu, tapi kita mahu kan kepastian yang same mistake won't happened again

Kita tidak mahu luka lama berdarah kembali

Walaupun sebenarnya kita tahu, darah tu dah lama berdarah semula dan cannot be healed

Lakonan kita takkan habis.. entah sampai bila

There will be NO "it's a wrap"

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-82268298155928694972017-06-08T23:43:00.001+08:002017-06-08T23:43:40.634+08:00BerharapAntara ruang masa aku duduk bersila menunggu azan Maghrib, aku sentiasa berdoa...

berdoa agar segala yang aku usahakan mendapat keredhaan dan segala hutang sesama manusia dapat dilangsaikan.

Pernah aku terfikir, adalah lebih baik kalau dalam hidup ini kita tidak perlu memilih. Kita ikut saja apa yang orang katakan... kita menurut saja. Dengan syarat, apa saja reaksi dan tindakan kita tidak akan dipertikaikan.

Namun, sebenarnya ia tidaklah semudah itu. Bukan mudah untuk kita menurut... malah ia akan ubah kita untuk jadi seorang pengungkit. Hati kita mula keras, dan apa yang kita buat terus jadi tidak ikhlas.

Dan jika kita diberi peluang untuk memilih. Adakah setiap keputusan yang kita ambil itu adalah pilihan yang terbaik? Atau sekadar mahu memenangi hati dan perasaan orang lain? Kita tidak menurut, tapi kita terpaksa memilih... Macam kita bila kita teringin makan Tomyam, tapi dalam masa yang sama orang lain mahu makan kari kepala ikan. Untuk tidak membuatkan orang lain rasa terbeban, kita pilih untuk makan kari kepala ikan kerana lebih majoriti mahu makan kari kepala ikan. Dan kita kata pada diri sendiri "Takpe, lepas ni aku boleh makan tomyam bila-bila masa jek". Dan kita makan kari kepala ikan dalam keadaan memendam perasaan...

Ada masa aku takut. Takut untuk bertanya tentang sesuatu apabila ia memerlukan kata putus dari seseorang. Jika tidak tanya, aku akan rasa bersalah. Jika bertanya, aku tahu aku dapat baca jawapannya. Susah... apatah lagi bila ia berkaitan dengan sesuatu yang kita namakan "berharap".

Berharap untuk seseorang yang selalu kita harapakan sentiasa ada bila kita betul-betul harapkan...

... adalah seperti satu perjudian.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-44335350957145122522017-02-01T01:24:00.003+08:002017-02-01T01:24:55.669+08:00Seoarang Anak Tiada HartaAgaknya apalah yang sedang bermain di dalam kotak fikirannya sekarang ini? Apa dia nyenyak menyelami mimpi atau dia gelisah kerana masih tiada perkhabaran daripada aku?

Lama aku berfikir apa aku harus lakukan untuk buktikan aku masih seorang anak yang tidak berharta... aku tiada nikmat dunia yang dapat membuatkan hatinya lega dan tidak perlu risau dengan penghidupan aku. Lama aku berkira-kira apa aku harus lakukan untuk buktikan aku cuma seorang anak biasa yang tidak akan lepas daripada sebarang silap dan salah. Aku innocent...

Kakak aku pernah kata... "jangan nak buat drama sangatlah"

Mungkin betul, ini semua mainan perasaan antara seorang anak dan ibunda. Kita semua cuma hebat mempertahankan ego.

Mungkin juga ini tahun terakhir aku untuk berusaha?

Atau aku lebih suka terusan menagih kasih dan tenat menanggung rindu?

* malam sepi... tidak indah tanpa ditemani bintang berkelip, dan tiap kali terdengar suara tangisan bayi dari rumah kejirananku, Seaku tersentak... apakah aku akan dapat merasakan kasih seorang anak padahal aku sendiri masih gagal mengasihi orang tua ku sendiri?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-84485696248004507912016-12-28T15:35:00.000+08:002016-12-29T15:35:33.209+08:00TIPUAntara yang aku paling takut bila aku jatuh cinta...

Ditipu dan terusan ditipu...

Dan entah kenapa walaupun terusan ditipu...

Aku tetap percaya pada cinta.

Aku percaya tuhan akan terus himpunkan aku dengan cinta.

Biarpun bagaimana datangnya dan apa rupanya.

Aku biarkan diri ku tenat ditipu, aku biarkan diri aku mereput mati kerana racun cinta.

Kerana mereka katakan cinta itu buta, tapi padaku, cinta aku tidak pernah ada sianya..

Biarpun aku terusan terluka...

Aku percaya tuhan akan berikan aku cinta.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-61352156010233819312016-12-07T14:15:00.002+08:002016-12-07T14:15:59.424+08:00Post Op Part I

Aku akui, bukan senang untuk aku sembunyikan perasaan. Senyum tapi sedih, ketawa tapi terluka. Aku yakin kalau kau boleh masuk muat ke dalam sepatuku, kau mungkin akan faham sebahagiannya. Aku tahu aku tak patut terusan berdiam... tapi cuma itu yang mampu buat aku bertahan sehingga kini. Mungkin cara kita berbeza, tapi mungkin itu saja cara kita rungkai bahagia. We have our own path right?

Hari ni genap dua minggu selepas pembedahan. Aku masih mencuba sehabis baik untuk terus kuat dan sihat, supaya tidak terusan berharap pada orang lain untuk membuat segala kerja. Atau meminta-minta pertolongan. Walau tidur malam ku tak pernah lena, setiap suapan nasi jugak tidak terasa kenyangnya. Tapi sudah terlalu banyak masa ditelan semalam... aku hampir lupa sudah banyak hari juga aku tinggalkan sebelum menjelang tahun baru.

Ini bermaksud juga cuma tinggal dua minggu saja lagi sebelum aku menduduki peperiksaan akhir semester. Dua kertas ujian bakal menanti dan aku cuma hanya boleh berharap aku tidak gagal.

Dalam saat-saat begini, keadaan yang aku lebih sakit daripada yang lain, keadaan aku lebih sugul daripada yang lain, keadaaan aku lebih sepi daripada yang lain. Aku tiada pilihan melainkan untuk paksa diri fokus pada ulangkaji. Sudah tidak cukup masa untuk beremosi, sudah tidak cukup masa untuk bersedih. Biarpun hati aku cepat terluka dengan kata-kata orang lain, biarkan hati aku cukup terasa dengan sindiran orang lain.

Waktu mereka gembira dan bangga dengan kelahiran yang baru, aku perlu tunduk dan redha, aku mungkin tidak akan pernah rasa segembira mereka, dan mereka seharusnya tidak perlu mempersoalkan perihal itu pada aku. Cukuplah biarlah aku saja begini, dan aku tahu kau itu cuma lebih sihat daripada aku.

Selamat tinggal rantai kasih... selamat tinggal.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-30506864065041062942016-11-09T12:19:00.000+08:002016-11-09T12:20:36.164+08:00Analogi lagu

Ada satu rangkap dalam lagu yang sentiasa dimelodikan dalam rongga telinga. Walaupun bukan semua ditelan namun serangkap itu yang kalau kita dengar dan teliti mungkin akan buat kita terdiam. Bukan kerana kita rasakan rangkap itu satu kemenangan... tapi satu rangkap yang buat kita bertarung.

Bertarung untuk menang dalam hidup... bersama.

Aku masih bergelut memeluk takdir

Detik bermula sehingga kelemelut berakhir

Apapun juga keputusan

Aku terima walau jujurnya tak keruan dan

Yang dah berlaku biarkan berlalu

Nescaya nestapaku kan diubat waktu

Kau harus bahagia walau tak bersamaku...

-Rindu : Shae feat Nukilan-

#Malique

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-45609617450425205112016-09-15T22:48:00.001+08:002016-09-15T22:48:40.003+08:00MASAAda masa... berdiam itu lebih baik daripada bercerita. Bukan sebab tanda protes atau mahu menarik muka, tapi cuma berharap.... MASA dapat mengubah segalanya.

Perasaan

Harapan

Percaya...

Cuma berharap pada masa...Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-89970633718660870062016-08-23T23:23:00.002+08:002016-08-23T23:23:40.218+08:00Olimpik Musim Panas 2016Aku tak pasti sama ada kamu orang prihatin atau tidak...

Sukan Olimpik dah berakhir, dan Atlit kita tiada yang berjaya bawa pulang sebarang emas.

Apa pun, kita harus berbangga kerana mereka telah cuba sehabis baik. Namun akan adakah satu saingan sengit dari atlit kita empat tahun yang akan datang?

Aku ingat lagi malam tu, setengah jam selepas Lee Chong Wei mulakan perlawanan, kami bergegas dari Subang menunggu ke Tabung Haji Kelana Jaya. Rombongan kami mengiringi pemergian pak cik aku untuk menunaikan Haji. Sesampai di sana, kami sambung menonton perlawanan secara streaming...

Semakin lama, kami semakin resah, semakin lama kami semakin redha, semakin lama kami seperti tidak pedulik...

Bukan kami sahaja, ramai juga yang lain berperilaku sama, tajam merenung ke skrin mobile masing-masing. Dan nampak wajah semua mereka itu berkerut-kerut mengesat peluh.

Sampai ke saat terakhir, aku buat pengumuman awal...

"Tak ada harapan kita ni..."

Dan nyata sekali itulah pengakhirannya. Bukan rezeki kita lagi kali ini.

Tutup mobile... mata berkaca.

Tahniah untuk atlit negara kita... walaupun tiada emas, tapi perjuangan anda semua amat bermakna!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-31343570597607077912016-08-17T23:46:00.000+08:002016-08-17T23:49:03.806+08:00Ddysmenorrhea Itu BahayaAku setuju untuk katakan bidang kesihatan ini dianggap penting dan gah di kalangan manusia.

Sebagaimana pentingnya kita mengharapkan khidmat pakar doktor untuk menyembuhkan penyakit dan menharapkan layanan mesra daripada kakitangan hospital dan klinik dalam saat kita sedang berlawan dengan penyakit.

Demam, sakit jantung, sakit kaki, pening kepala, sakit gigi, contractions... macam-macam lagilah.

Kenapa orang selalu mempersoalkan adakah semua pakar doktor dalam negara kita ni ikhlas dalam menjalankan tugas atau semata mahu mengaut keuntungan?

Kenapa orang selalu prejudice dan provoke doktor-doktor ini apabila sakitnya tidak dapat diubati melalui konsep perubatan moden? Maka mereka beralih ke perubatan tradisional yang lebih murah, mudah dan... pelik??? (segelintir). Dan kenapa doktor sekarang cepat melatah dan mengeluh dengan macam-macam perangai pelik pesakit yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal, lebih-lebih lagi dalam era media sosial yang dah macam gampang ni?

Dan kenapa banyak artikel dan buku tentang bidang perubatan yang kita selalu Google di Internet tak banyak kita jumpa hasil kajian daripada pakar dalam negara. Sama ada ianya tidak di publish kan di Internet atau kita memang terlepas pandang? Yet aku tak salahkan mereka, sebab biasanya doktor ni memang sibuk dan takda masa dengan Internet (kecuali Facebook dan Instagram).

Well, aku sendiri masih mencari jawapan. Dan sukar untuk aku debatkan... kerana perihal ni akan bermain dengan emosi dan perihal attitude sesama manusia. Doktor pun manusia kot!

Tapi secara peribadi, aku sudah cuba macam-macam cara perubatan, baik moden atau tradisional. Macam-macam tips kesihatan juga sudah dicuba... Tapi masalah berkait kesihatan yang aku alami dan sehingga kini masih lagi belum jumpa penawar adalah tentang penyakit dysmenorrhea, atau kita kata "Senggugut".

Korang tau tak? Luar negara dah support golongan wanita yang menghidap penyakit ini wajar diberikan MC sebanyak dua hari. Dan di Malaysia, bila kita ke klinik dan katakan kita tak larat bekerja dan perlukan MC untuk berehat kerana sakit ini doktor akan kata...

"You datang klinik boleh, takkan pergi kerja tak boleh?"

So aku tak tau nak kata apa, melainkan aku harap satu hari doktor tu akan merasa bagaimana sakitnya penyakit ini, dan kalau dia adalah doktor lelaki, aku harap dia akan merasa melayan karenah isteri atau anak dia yang diserang penyakit ini.

Tak, aku tak main sumpah. Aku cuma nak mereka faham penyakit ini sebenarnya dan sama berisiko dengan sakit jantung!

And yes... it is not a joke!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-81032926074255174392016-07-29T14:56:00.002+08:002016-07-29T14:57:23.309+08:00KE MANA KAMU PERGI?Ada masa, terdetik di dalam hati. Siapa sebenarnya sahabat kita yang sejati?

Ada masa terdetik, aku tahu siapa sahabat sejati.

Ada masa aku seperti masih mencari-cari orang yang boleh dipanggil sebagai sahabat sejati.

Ada masa langsung tidak terfikirkan semua itu, kerna dirasakan duduk sendiri termangu, tidak bercakap, tidak ketawa dan tidak mendengar lebih baik daripada merapu ditemani orang lain.

Tapi itu adalah detik hati orang-orang yang emo (kata seorang kawan). Kata-kata hati orang yang rasa life sucks, yang rasakan tiada jalan lurus di depan.

Aku tergelak. "Betul jugak!"

Tadi waktu memandu ke pejabat... keluar satu lagu enak dijamu telinga.

"Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali"

Aku senyum, Yeup! Kenapa perlu aku bersedih? Kalau benar dia sahabat sejati, pasti dia akan datang kembali. Dan kalau bukan, mungkin aku sudah tersalah buat tafsiran selama ini.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-1045326307108033292016-07-26T15:07:00.001+08:002016-07-26T15:09:18.148+08:00GUILTYAku dicabar oleh teman untuk menulis satu confession... satu rahsia yang aku tak pernah cerita langsung pada sesiapa.

Aku jawab, "kata pun rahsia, kalau mengaku bukan rahsia lah"

Dia sambung, "Kau pernah rasa bersalah dalam hidup? Guilty yang kau rasa kau tak tau macam mana nak minta maaf?"

*Aku diam*

Dia sambung, "Dengan cara kau mengaku, sekurang-kurangnya kau meminta maaf indrectly..."

Dia suruh aku tulis, dan tinggalkan nota itu di mana-mana saja, masuk botol campak laut, atau just email to random people.

"Giler, dan macam spamming pulak!"

"Kau tak payahlah buat notes suruh orang tu provide biography apatah lagi sebarkan ke 50 orang lain der!", dia sambung.

*Aku diam*

So here i am writing...

Kakak aku pernah kata, dalam adik-beradik, aku adalah seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Perasaan ingin tahu itu adalah merujuk kepada aku suke menyelongkar... i'm good in hacking password and quite a good google-r.

archived messages,

deleted items

images

emails

name it...

Aku dah pernah cuba semua. Trust me, tak semua yang aku buat itu memberikan kebahagiaan pada aku. Mungkin ianya juga karma, you did something bad, you get what you deserved. Dan apa yang aku cari itu memberikan kesan mendalam pada aku. Hakikat yang menyakitkan mungkin. Sesuatu yang sebelum ini kau tidak pernah tahu, dan bila kau tahu ia adalah sesuatu yang kau rasakan, BAIK KAU TAK PAYAH TAHU. Ha macam tulah lebih kurang perasaanya.

Dan apa yang jadi selepas itu lebih memedihkan. Sebab aku kena pretend seperti tidak tahu apa-apa, walhal aku berperang dengan perasaan. YEUP! Itu rupanya perasaan guilty yang kawan aku katakan tadi. Guilty sebab aku kena sembunyikan apa yang aku tahu. Guilty sebab perlu berdepan dengan seseorang yang kau dah tahu sebenarnya rahsia dia...

Dalam perbualan dengan teman aku tadi juga dia confess...

"Kau tau tak? apa yang aku rasa guilty sampai sekarang?"dia senyum dan teguk air.

"Apa?", aku kerut dahit.

"guilty yang paling aku tak boleh hilangkan adalah... bila aku dapat tahu yang sebenarnya aku dah memaksa seorang untuk cintakan aku padahal dia langsung tiada perasaan yang sama.."

"Siapa? Dulu ke?" aku tunjuk rasa ingin tahu.

"Seseorang... yang aku masih sayang sampai sekarang", dan dia senyum sambil matanya merenung ke awan biru.

*Aku diam*

Macam... sa.... hurmmm aku sambung teguk air, dan kami sama-sama merenung ke awan biru.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-11385435122847433082016-05-01T14:48:00.000+08:002016-05-04T14:49:03.203+08:00DIKHIANATIAku ingat satu masa dulu... hampir lebih 15 tahun dulu. Sakitnya hati bila dikhianati teman sendiri, untung bukan seorang yang ku panggil akrab, tapi masih kerana title nya adalah seorang teman, aku berasa kecewa paling dalam.

Dendam, benci... semua meraja dalam diri. Waktu itu...

Setelah sekian lama aku cuba berperang dengan nasib... Bertanya kenapa dugaan demi dugaan datang menjengah di saat aku masih gagal menebus segala dosa. Tahu tak bagaimana perasaan kita cuba menidakkan sesuatu bencana tapi akal kita seperti membayangkan apa yang buruk bakal terjadi.

Hari ini aku rasa sekali lagi aku betul-betul dikhianati. Oleh seorang yang selama ini aku kagumi dan tidak pernah sedetik pun pernah aku terpikir untuk aku benci.... Dan entah kenapa walaupun kecewa kali ini lebih dalam berbanding 15 tahun yang lalu, kali ini tidak pulak disulami air mata. Mungkin sebab aku telah bersedia dan apa yang selama ini yang dibayangkan akal... Nah sudah jadi kenyataan.

Sedih, hampa, kecewa... Dan benci.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-5775422451489123922016-02-21T22:19:00.002+08:002016-02-21T22:19:13.157+08:00BLANK SPACEAda satu masa aku rasakan satu pintu itu jalan terbaik untuk keluar... lari daripada semua masalah.

Dan semakin dekat aku dengan pintu itu, semakin kuat aku menidakkan niat. Segala yang aku pikul untuk dibawa bersama... ego, marah, sesal, takut, benci... semua yang aku pikul semakin berat, dan langkah aku masih tidak lagi melangkan keluar.

WHY?

Kalau orang kata, "just follow what your heart tells you to do..." waktu ini, hati aku tiada rasa apa-apa. Aku jadi lesu... mungkin sebab sudah terlalu penat.

Even kalau aku berjaya keluar sekalipun... apa berjaya aku lupakan semuanya?

Semua pedih yang selama ni aku rasa?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-87626661227674000022016-01-19T03:00:00.000+08:002016-01-20T17:35:52.263+08:00Tahu tak?

Lelaki semakin tua dia akan jadi semakin ego. Dan perempuan semakin tua dia akan jadi semakin lupa.

Sama ada mahu terima atau tidak. Terpulang. Tapi itu adalah kenyataan yang jarang sekali kita perasan tapi selalu kita sangkalkan. Siapa mahu mengaku kalau dituduh ego? Siapa pula mahu mengaku kalau dirasakan mempunyai simptom alzheimer? Pokoknya... siapa lah mahu mengaku dah semakin TUA kan?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-57623112535062730302016-01-12T01:48:00.001+08:002016-01-20T16:22:47.809+08:00MANUSIA BIN/BINTI EGOApa yang kita nampak tak semestinya real.

Apa yang kita dengar tak semestinya betul.

Apa yang kita tunjuk tak semestinya ikhlas.

Apa yang kita cakap tak semestinya jujur.

Bila kita diam tak semestinya kita setuju.

Semua di atas tu jadi atas sebab satu perkara... Ego!

Ego untuk percaya atau ego untuk mengaku salah.

Untuk bercerita tentang manusia adalah suatu perkara yang paling senang. Kau kenal orang tu kau akan judge dia secara peribadi. Kalau kau tak kenal orang tu kau akan judge dia secara membabi buta. Simple as that.

Satu masa kau akan benci dan tak pelik satu masa kau akan puji.

Manusia bukan pelik cuma subjektif. Siapa kita untuk tentukan dosa pahala sesama kita apatah lagi mahu tunjuk pintu mana yang mereka patut tuju...

Syurga atau neraka.

Yang paling nyata, manusia ni ada satu perangai, mereka tak boleh ditegur. Itu paling betul. Berani tegurlah... Esok-esok dia akan protes di facebook dengan cara "membabikan" atau "mendosakan" atau "memfasikkan" orang lain.

Tak percaya?

Percayalah sekarang dunia internet oiii!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-57607972574716488342015-12-07T14:00:00.002+08:002015-12-07T14:00:50.654+08:00HABIS SUARA1...

Serius aku tak tahu nak mulakan apa untuk ditulis walaupun baru sebentar tadi aku terfikirkan tentang sesuatu untuk dituliskan di sini... (maksud aku taipkan di sini)

2...

Serius aku rasakan penulisan zaman sekarang ini semacam makin tidak boleh dihadam akal. Tidak terkecuali juga apa yang telah dan akan aku tuliskan

3...

Sebenar-benarnya, untuk menjadi seorang penulis itu cuma perlukan satu pen dan kertas saja... tapi kenapa nak cari perkataan pertama yang boleh berkembang menjadi beratus-ratus para ni satu punca untuk segala masalah?! Fuck!

Hampir seminggu, aku jadi macam orang tiada arah hidup. Buat kerja di ofis semacam orang kemaruk mahukan gaji mengikut hari... balik ke rumah semacam orang keletihan lepas kerja bina bangunan. Aku lupa makan, aku lupa minum. Aku harap berat badan aku berkurang, walau pun itu bukan intention utama aku berubah jadi macam orang tiada arah hidup.

Lama aku tanya cuba fikir balik, apa sebenarnya yang silap dalam pengurusan hidup aku ni?

Aku tanya soalan sama pada diri setiap hari...

Setiap hari aku ulang soalan yang sama

The only problem is... aku tidak mahu jawab walaupun aku tahu aku sudah ada jawapannya.

Jawapan yang aku rasa aku tidak patut tulis... di mana-mana pun!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-28473213.post-4026147147885464872015-09-04T14:05:00.002+08:002015-09-04T14:05:21.279+08:00DETIK-DETIK TERTINGGALSekarang, untuk penuhi rutin harian makan tiga kali sehari bukanlah lagi satu kewajaran. Biar pun pagi tu bergolak perasaan menahan lapar... atau pun tengah hari sudah mula berasa sesak perut dengan angin yang yang berpusing-pusing seperti kepak kupu-kupu yang kepanasan.

Bukan sebab pasal duit! Kalau pasal duit semata berjimat makan... padahal sempat berbelanja yang lain itu namanya mencekak nafsu sendiri.

Alasan aku mudah...

Sebab mahu makan malam sama keluarga.

Aku mahukan makan malam itu satu detik bahagia untuk aku kongsi nikmat kelazatan, kekenyangan dan nyaman sama orang aku sayang!

Walaupun ada masanya aku berasa kebarangkalian untuk memetik api dapur gas itu terlalu sukar dan memerlukan kudrat yang hampir 99% tenaga sendiri... aku percaya kita sentiasa ada pilihan yang lain kan? Tidak semestinya makan di rumah kan? Makan di luar juga boleh bersama keluarga kan?

Tapi sekarang, masa itu satu nilai yang terlalu mahal.

Sangat mahal dan sukar dibeli.

Unknownnoreply@blogger.com0