In
HABIS SUARA
1...
Serius aku tak tahu nak mulakan apa untuk ditulis walaupun baru sebentar tadi aku terfikirkan tentang sesuatu untuk dituliskan di sini... (maksud aku taipkan di sini)
2...
Serius aku rasakan penulisan zaman sekarang ini semacam makin tidak boleh dihadam akal. Tidak terkecuali juga apa yang telah dan akan aku tuliskan
3...
Sebenar-benarnya, untuk menjadi seorang penulis itu cuma perlukan satu pen dan kertas saja... tapi kenapa nak cari perkataan pertama yang boleh berkembang menjadi beratus-ratus para ni satu punca untuk segala masalah?! Fuck!

Hampir seminggu, aku jadi macam orang tiada arah hidup. Buat kerja di ofis semacam orang kemaruk mahukan gaji mengikut hari... balik ke rumah semacam orang keletihan lepas kerja bina bangunan. Aku lupa makan, aku lupa minum. Aku harap berat badan aku berkurang, walau pun itu bukan intention utama aku berubah jadi macam orang tiada arah hidup.
Lama aku tanya cuba fikir balik, apa sebenarnya yang silap dalam pengurusan hidup aku ni?
Aku tanya soalan sama pada diri setiap hari...
Setiap hari aku ulang soalan yang sama
The only problem is... aku tidak mahu jawab walaupun aku tahu aku sudah ada jawapannya.
Jawapan yang aku rasa aku tidak patut tulis... di mana-mana pun!