Sunday, November 22, 2009

KUDRAT DAN KEINGINAN MANUSIA BERBEZA

Cuba meletakkan diri pada satu paksi yang utuh dan tepat bukan satu kerja yang mudah. Apatah lagi bila segala kepercayaan itu diserahkan seratus peratus kepada tuan badan dengan iltizam yang sangat tinggi. Penuh dengan ketelitian dan pantang sekali dicabar keberkesanan hasil kerja nya. Itu merupakan satu tindakan yang paling sangat boleh dipuji! IKHLAS!

Pernah orang tua aku berpesan... (sehingga sekarang pun, selalu aja dipiatkan telinga aku sambil berpesan) "Bila kita bekerja, kita bekerja sebab kita rasa tanggungjawab, dan bukan sebab kita disuruh"... termasuklah segala macam definisi lain yang boleh dibawa bersama kepada kewarasan berfikir ke arah maksud yang cuba dibawakan oleh orang tua. Maka tercetus dalam buah fikiran aku, manusia sekarang sebenarnya lebih bekerja kerana mahukan wang... dan bukan sebab tanggungjawab dan atas dasar ikhlas.

Sebab tu politik negara kita gugah... sebab tu, struktur organisasi pendidikan kita semakin pincang... sebab tu kemelesetan ekonomi semakin meledak... dan paling nyata, kurangnya rasa prihatin dan sifat murni dalam kahidupan manusia, sebab itu juga kadar jenayah di negara semakin membuak-buakkan rasa takut, cemas dan benci...tidak boleh diterima akal, negara sendiri yang selalu dikatakan aman dan damai, masih tidak bersih daripada rekod jenayah.

dan bila rasa tanggungjawab itu tiada... segala yang tidak terfikir dek akal, pasti nampak mudah sekadar mahu memuaskan nafsu. Sebab tulah orang pernah kata... orang-orang tua ni ada yang masih tidak sedar diri.. Kubur sudah panggil-panggil di hujung hari... tapi akal... nafsu... masyaAllah... mengalahkan si muda yang baru diharungi dadah!

Aku semaking bingung dengan percaturan drama manusia. Siapa yang harus dipersalahkan... kalau semua orang dalam dunia ini, dirasakan perlu dibenci? Ada kah orang yang akan suka pada kita dalam masa kita membenci mereka?

Rasa cinta itu wujudkah dalam diri manusia, padahal hatinya telah lama mati dijajah masa?!

Tuesday, November 10, 2009

PEREMPUAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Gangguan emosi di kalangan manusia (secara spesifiknya aku maksudkan untuk golongan perempuan) biasanya di tahap paling klimaks adalah sewaktu kedatangan haid... yeah secara jujurnya ketidakseimbangan hormon itu membolehkan pelbagai perkara yang tidak terlawan dek akal boleh dilakukan oleh seorang perempuan... termasuklah mereka juga boleh mengatakan bahawa jatuh talak kepada suami, apabila berlaku pertelingkahan yang paling dasyat. (ye, kan aku dah mention... PALING TIDAK BOLEH DITERIMA DEK AKAL!)

Di pejabat secara khususnya, kita kerap dapat melihat situasi yang sangat rundum... dan apabila terserempak dengan seorang perempuan yang mukanya sangat bengis mengalahkan seekor singa yang kelaparan seekor seladang. Ngauuuummmmm... dan sering terpancul daripada mulut, memprotes golongan perempuan yang sedang beremosi itu ...

"alah... tengah datang bulan lah tu..."
"tengah peot lah tu..."

& sedikit geli dan jelak bila ada pula anggapan lain yang menyimpang seperti...

"alah malam tadi tak dapat lah tu!"

I was like? WTF... kau nampak dia tengah moaning "tak dapat" malam tadi. Pemikiran tipikal betul golongan-golongan minoriti ni!

Senang jek nak pulihkan semula ketidakseimbangan hormon seorang perempuan. Bagi cokelat... atau pun hiburkan mereka dengan lawak yang paling kelakar... mereka akan tergelak paling dasyat sehingga menyebabkan kesakitan yang disebabkan kedatang haid itu tidak dirasa. Perempuan akan menjadi sangat kuat makan dalam tempoh masa itu, jadi... cubalah layankan mereka dengan hidangan-hidangan yang lazat! Confirm... mereka tak buat muka macam nak makan orang! Kurangkan mengajukan soalan... silap haribulan orang yang bertanya soalan tu akan dapat penampar daripada mendapatkan jawapan!

Aku...? aku biasa je... (ehem ehem) kadang-kadang jek emosi aku jadi kurang stabil. Paling tak pun... aku campak jek kerusi kat mana-mana manusia yang cuba cari pasal dengan aku. Tapi apa yang aku mahu kaitkan di sini... ada seorang manusia yang aku jumpa di tempat kerja aku... di mana emosi dan perangainya yang sangat memualkan tu... tidak berlaku sekali-sekala dalam setiap bulan... ianya terjadi lengkap putaran hari bertukar bulan...(takkan datang haid tak habis-habis kot). Serius, aku menyampah dan meluat tengok muka dia. Senyum aku yang dah basi aku bagi pada dia setiap kali berselisih dengan motif, aku cuba untuk jadi seorang yang friendly, bertukar menjadi aku rasa cam nak bagi middle finger je bila aku terserempak dengan dia. Dan semakin bertambah benci... bila semakin banyak gosip-gosip ganas yang aku dengar pasal dia. Tak kisahlah kalau nak tunjuk diri sebagai hero... tapi perlu ka dalam bentuk yang agak cruel... sehingga memberikan tanggapan yang sangat negatif?

Still... betullah kot, mungkin dia datang haid tak habis-habis dalam sebulan tu. Atau secara kebetulan... bila masa dia buat hal tu.. dia memang tengah datang haid.

Aku bergegas mahu turun ke tingakat 2... berlari ke arah pintu tidak bercermin yang menjadi laluan orang masuk dan keluar, di mana pintunya perlu dikuakkan keluar sekiranya mahu keluar. Aku swipe kad dan berbunyi "Tettt"... lantas menolak pintu keluar dengan segala tenaga yang ada... tiba-tiba aku rasa pintu itu seperti disambut orang dari luar...

"Oppss... eh sorry...ade orang rupanya", aku tersenyum pada seorang manusia yang rupanya orang aku paling benci. DIA.
"Lain kali bukak pintu tu slow sikit eh" sambil bersandar pada dinding dan menarik muka

"Laaa... kalau saya tau awak tadi, saya tolak jek terus kasi pintu ni cium kat batang hidung awak," itu cuma kata hati aku sahaja. (sayang! aku patut buat jek provokasi! baru ada drama tarik tudung masa tu!) Aku tengok muka dia senyum tapi rasa cam nak tempeleng orang dan terus jauhkan diri. Nasib baik masa tu aku bukan tengah dalam masa datang bulan!!!

Demn it!

Saturday, November 07, 2009

Be nice to me, I may be your boss some day

"Betul ni, kamu tak de plan nak masuk ke private semula?"

Ok... itu adalah salah satu soalan yang paling besar maknanya dan memang akan buat aku berfikir berkali-kali untuk menjana jawapan yang terbaik.

"Betul lah tu en adani. Insyaallah rezeki saya murah dalam gomen kot"

Bos aku senyum, dan terus tandatangan borang. Official sudah. Aku sudah disahkan jawatan dalam kerajaan. Tak sangka... dah lebih setahun aku di sini. Walaupun dulu, setiap hari ada saja benda yang dikeluh kesahkan... sekarang aku macam dah boleh adapt dengan keadaan. Dah mula pandai sebut malas... dan dah mula menunding mana-mana golongan yang berfikiran tipikal. Walaupun aku mencuba sehabis baik untuk tidak secara terangan berkarakter sebagai seorang yang bekerja sebagai seorang gomen... kadang kala topik perbualan aku tidak lari daripada dunia itu. kenapa ya?

Dunia kerja, dan luar kerja tak banyak beza. Akui akui, siapa yang suka sangat bila bekerja sebagai seorang gomen? Tapi bagi mereka yang mengatakan masa depan itu penting... dan jaminan hidup yang lebih stabil itu penting, ya! Mungkin bekerja sebagai seorang gomen adalah pilihan yang terbaik.

Aku? Terus teranglah aku cakap... aku jadi orang gomen, sebab ikut cakap ummi.

So daripada situ, hari demi hari, aku cuba ubah persepsi diri terhadap keberangsangan bekerja dalam dunia yang totally different daripada keinginan dan kehendak aku. Aku cuba untuk tidak meletakkan beban "sebab ikut cakap orang tua" bila acapkali ditanya... kenapa mahu bekerja sebagai seorang gomen. Sebagai seorang yang mungkin cukup matang, aku tau jawapan itu adalah tidak langsung profesional. Sepertinya aku melepaskan keputusan dan penentuan hidup aku di tangan orang tua. Padahal mereka tidak pernah mahu menjadi queen control langsung dalam kehidupan anak-anaknya.

Jadi, aku cuba untuk berfikiran positif, dan menganggap kerja sebagai seorang gomen adalah demn paling best yang pernah aku rasa?!

Mungkin masa depan aku cerah
Aku ada peluang untuk menyatakan pendapat?
Ada peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman?
Dapat kembangkan networking?
Involve dengan bisnes paling hebat?

Mungkin tidak lagi aku rasa secara bizzare impak-impak daripada semua tu. Tapi aku akui, sejak aku jadi orang gomen, jiwa aku tidak terlalu stress setiap hari seperti dulu. Aku tidak perlu dihantui dengan karenah client yang macam xxxxx... sebab sekarang ni, aku lebih kepada seorang client... daripada seorang vendor. Aku boleh jadi sangat fussy, sangat mean dan sangat egois! Dan yang paling best... bila vendor itu dulu adalah seorang yang pernah mengarah-arah dan menentukan naik turun gaji aku. Sekarang mereka perlu ikut kehendak aku dan rakan-rakan di pejabat pula. Siapa sangka? Bekas bos aku dulu... sekarang dah jadi salah sorang vendor di tempat aku bekerja? Dan aku tak pernah sangka benda tu akan terjadi... seriously!

Betullah kata Ganee dulu...

"Be nice to me, I may be your boss some day!"

I am now! indeed!

Wednesday, October 28, 2009

ANTARA EGO DI ANTARA MANUSIA

Dalam sesuatu keadaan, minda, persepsi, tingkah laku atau kehendak manusia boleh bertukar tanpa disedari. Perwatakan berbeza ternyata dapat dilihat daripada sama ada kegedikan yang melampauan, atau tahap depresi yang terlalu ekstrem. Waktu itu, percakapan juga tidak datang dari akal yang betul-betul waras, dan kepincangan pemikiran itu menyebabkan membuaknya rasa ego. EGO yang paling dasyat, sehingga memberikan kesan menyampah yang paling ketara terhadap orang-orang di sekeliling.

Seperti mahu disumpah sahaja bila berhadapan dengan golongan manusia yang seperti ini. Apatah lagi bila melihat ianya berlaku di kalangan golongan bertaraf profesional dan senior. Ke manalah hilangnya kebijaksanaan diorang semua ini. Atau adakah penyakit "nyanyuk" itu semakin menular dengan dasyat di kalangan manusia sekarang?!

Perlukah didikan moral itu juga turut diwajibkan kepada semua pelajar di sekolah zaman ini? Tanpa perlu membezakan silibus pembelajaran mengikut kelas / darjah mahupun bangsa mereka? Mereka semua ini semakin kurang hajar?!

Atau mungkin keseronokan menjalani kehidupan secara bersosial dengan berobjektifkan mendapatkan "freedom" dalam kehidupan itu suatu yang perlu diperjuangkan?

Siapa sebenarnya yang secara tidak langsung menggoyahkan takuk peningkatan ekonomi negara kita ya?


Friday, October 23, 2009

BAJET BAJET, TAPI DUIT TETAP BERKURANG

Aku tidaklah terlalu teruja... dan selama ini aku pun tidak lah terlalu heran dengan pembentangan bajet sebelum ini. Tapi bermula tahun lepas, mungkin timbul perasaan ingin tahu...

  1. Pada masa ini, penjawat awam dibenarkan membuat pinjaman Kerajaan untuk membeli komputer setiap 5 tahun dengan maksimum sebanyak 5 ribu ringgit. Bagi menggalakkan pemilikan komputer, syarat ini akan dilonggarkan dengan membenarkan penjawat awam membuat pinjaman setiap 3 tahun sekali.
  2. Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain.
  3. Selaras dengan itu, pada 15 September yang lalu pula, saya telah melancarkan Program Penempatan Bersilang (cross-fertilisation) di antara jabatan Kerajaan dan GLC. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak. Ia juga dapat meningkatkan lagi kecekapan dan meluaskan jaringan atau networking. Program ini akan diperluaskan dengan menempatkan pegawai Kerajaan di syarikat swasta dan agensi antarabangsa.
Kemudian ada pula bunyi2 mengatakan kumpulan penjawat awam terpilih dapat bonus disember ni. Betul kah? Atau sekadar omongan kosong sahaja? Aku bukanlah mengatakan terlalu berharap dengan bonus yang akan diterima, walaupun aku akui hanya usul itu sahaja yang sering dinanti-nantikan tiap kali perdana menteri membentangkan bajet setiap semestar... Kalau betul ada perkhabaran itu, maka melompatlah kumpulan penjawat-penjawat itu, kalau tidak, habis busuk dimaki-maki.

Tidak mustahil juga bila aku pun mendapat SMS daripada teman... "mempertikaikan kenapa pegawai kumpulan A masih diberi insentif". Ada kah patut alasan ketidak puashatian penyataan tersebut... "korang gaji bukan dah banyak ke?"

Aduh... kenapalah masih lagi ada golongan tipikal yang macam ni di dunia. Diorang tak tau ke, kat pejabat kerajaan tu... kalau yang kena maki daripada pagi sampai petang, kena terbongkok-bongkok siapkan paper, mencuba sehabis baik untuk cover anak-anak buah, yang kena kutuk habisan dan tu belum masuk lagi kena sumpah setiap hari... Itulah golongan-golongan kumpulan A yang selalu kena. So what kalau sesekali kami juga diberi insentif untuk merasakan bahawa kerja kami selama ini adalah berbaloi-baloi?

Saturday, October 10, 2009

ADA JUGA YANG MEREPEK

Aku kelu bila mahu berbicara tentang teman. Dan lebih kelu bila ianya kadang-kadang perlu dibuat perbandingan.

Selang sehari aku cuba tidak mahu memeningkan kepala sendiri dengan keadaan yang selalunya tidak mengizinkan untuk aku membuat keputusan. Walaupun aku rasakan life ni tak fair... kawan-kawan semua dah hilang. Tapi sebenarnya silap aku sendiri, aku ni yang terlalu berharap. Lebih-lebih... mengalahkan anak sultan yang baru ditabalkan... mahu diteman sepanjang masa.

Orang lain bercinta bermanja-manja. Aku bercinta... kadang-kadang rasa takut mahu bersuara.

Sudahnya... aku sekang life aku dengan kesibukan bekerja. Pagi petang siang malam... ada projek...? open table dengan aku, aku boleh kasi harga yang paling murah yang tak pernah terfikirkan oleh yang lain. Silap-silap aku leh bagi free. Sekali seminggu berentap dengan teman sepejabat di gelanggang... memerah peluh dan melonggarkan segala urat yang tegang. Sekali seminggu, cukuplah tu, untuk menyedarkan aku perlu juga seimbangkan stamina kembali.

Dan kalau mahu berbual? Aku cuba tarik perhatian sesiapa yang mahu berbual... Tak perlulah asik nak tanya soalan "bila nak kahwin" kepada aku berulang kali. Aku pun dah letih nak menjawab... silap-silap nanti aku bagi penampar! So tanya-tanyalah soalan yang lebih bersifar mencabar minda dan mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Yang pastinya... aku seperti telah lama tenggelam dengan kenangan silam. Bila aku buka dan imbas kembali gambar-gambar waktu aku belajar dulu. Berapa ramai teman kita yang telah berjanji bermati-matian... dan berapa ramai sekarang ni, yang dah berkahwin tanpa mengirim khabar berita langsung? ... Bukanlah frust sebab tidak dijemput, tapi setidaknya kirimlah emel "Wei, aku nak bagitau.. aku dah nak kawin, datanglah kenduri aku ek!".

Tapi kadang-kadang terputik juga rasa jelak... melihat karenah teman yang sudah terangan bahagia bersama keluarga... Bukan jelak sebab tengok mereka bahagia... tapi jelak bila terbaca status di FB berbunyi seperti berikut :

"Hari ni, mama happy, papa charge kan handphone yang dah habis battery tanpa disuruh"
"2 minggu kena pergi kursus, tak dapat nak peluk sayang bila malam nanti!"
"Tak sabar nak dinner dengan my hubby tonight, ada surprise!"
"Tgh tunggu hubby datang amik, baru sehari tak jumpa, rindunya!"

Duhhh... perlukah dinyatakan pada semua orang aktiviti menarik antara suami dan isteri di FB?

Tuesday, October 06, 2009

KERJA DAN ANTARA HUBUNGAN

Sayup-sayup suara kadang-kadang menjamah telinaga kiri dan kanan. Bebanan dan sentuhan ayat-ayat arahan yang berbaur emosi penuh tertumpuk dalam timbunan emel hari ini. Semakin aku cuba untuk menepis, semakin menebal rasa marah dan geram. Ego darah muda aku kembali beraja... aku sekali lagi gagal mengawal emosi dan bermula episod sekali lagi.

Tak mustahil aku katakan, kalau nanti, LNPT aku bakal berisiko... dan mungkin bila-bila masa sahaja nama aku akan naik sehingga ke telinga bos besar. Masa tu, padanlah dengan muka aku. Siapa suruh cari pasal dengan mem besar!

Aku tak faham, serious aku tak faham. Kenapa dalam dunia pekerjaan ni, aku tetap berjumpa dengan golongan-golongan yang cuba memegang sifat sebagai seorang ibu daripada sifat seorang bos. Aku tak nak ada ibu banyak-banyak... aku tak nak aku rasa seperti aku disayangi, padahal aku cuma di situ sebagai seorang yang bekerja, terima arahan... dan kerja. Aku tak nak jatuh rasa sayang/kasihan/simpati... bila datang perasaan macam tulah, aku rasakan, seperti takde perbezaan aku di rumah dan di luar rumah.

Atau mungkin saja, itu semua kehendak aku yang bersifat melebih-lebih?
Serius aku tak pernah terfikir mahu mencari perhatian.
In fact, aku dah jelak tengok banyak sangat kumpulan kipas sampai mati dalam dunia ni!

Dalam selang masa aku memerah otak, dengan talian internet yang tidak langsung memberikan sokongan yang padu kepada keperluan kerja harian aku... aku jadi semakin benci dan menyampah dengan penggunaan internet... (apatah lagi aku mahu mempercayakan penggunaan broadband!? perlu ker?) Walaupun aku sentiasa meyakinkan diri sendiri, aku boleh hidup tanpa Internet, tanpa Yi-em, tanpa Facebook, tanpa Twitter... tapi mungkin sekali sekala, aku janggal bila icon kepala warna kuning tu tidak tersenyum di taskbar, dan apabila tiada bunyi penanda emel baru dah datang, atau aku tidak dapat menaip sebarang persoalan dan pak cik google dengan segera memberikan jawapan... kenapa mesti internet di pejabat-pejabat kerajaan sentiasa dirundum dengan masalah capaian yang intermittent? (Ada sesiapa nak buat tajuk researh? aku dah bagi satu tajuk free untuk dimulakan)

Demn it! Tu jek jalan pintas aku mahu berhubung dengan dunia yang di luar itu.

Aku paling marah, bila aku taip URL, login... dan laman itu terusan loading tanpa memberikan sebarang petunjuk kandungan laman web itu sedia untuk dipaparkan! Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan proses transaksi duit! Mau aku geget segala wayar!