Kisah Banjir 2021

9:58 PM

Sedar tidak sedar, lebih setahun tidak menulis. Di sini...

Bila umur semakin menginjak tua, banyak perihal sudah jadi bukan lagi keutamaan. Sesuatu yang dulunya satu hobi atau kesukaan juga mudah luput dari ingatan. Mungkin juga penangan pandemik, kehidupan sudah kurang rancak berbanding dulu. Sekarang juga orang lebih gemar membaca di Sosial Media berbanding blog.

(eh aku berharap ada orang menjengah ke sini kah?)

Belum lagi habis dengan kisah pandemik, waktu ini kita dibentangkan dengan musibah baharu... Banjir teruk yang melanda barat-selatan semenanjung. Negeri pantai timur Pahang khususnya juga terkesan hampir setiap tahun. 

Menjentik hati bila sahabat-sahabat terdekat juga menjadi antara mangsa musibah. Namun, jelas di wajah mereka, reda, tenang dan tetap bersyukur. 

"Ini cuma ujian kecil tuhan berikan"

Namun besar nilai kepedulian orang ramai berikan. Tidak terbalas dengan hanya sekadar terima kasih.

Sumbangan apa jenis sekali pun yang diberikan oleh ramai waktu ini, tidak wajar dinilai-nilai kan. Biar pun ada yang sekadar menyumbang tenaga kudrat tanpa wang.

Hikmah yang terlindung antara setiap budi pekerti manusia hanya boleh dilihat oleh mereka yang reda dan hanya terpancar dari keikhlasan yang memberi.

Sehinggakan aku terdetik di hati, mungkin ada di antara mereka sanggup berhempas pulas membantu orang lain untuk meringankan musibah. Padahal sebelum ni, langsung dia tak peduli hatta nak basuh pinggan selepas makan. 

Ada yang pejam mata menyumbang wang ringgit, padahal sebelum ni nak berbelanja untuk keluarga pun dia berkira.

Itulah antara hikmah... nampak kecil tapi besar nilainya menunjukkan empathy seorang manusia. 

Cukuplah menyalahkan si dia atau si anu...

Menangkah kita kalau menyalahkan yang lain dan dalam masa yang sama menyakiti mereka yang terasa tempiasnya?

Saya pun penjawat awam juga.

Tak semua penjawat awam tu bodoh dan lembap.


0 comments

Subscribe