Twenteehhh Meehh?

12:18 AM

Awal tahun ini dibanjiri dengan dugaan... satu dunia terasa kesannya. Semua tak bersedia, ada yang masih seperti tidak percaya.

Mula-mula semua sibuk menghitung hari, sekarang sampaikan hari apa pun dah tak sedar. Tau-tau sudah Jumaat, dan Jumaat pun sudah tidak riuh kenderaan bergegas ke masjid.

Rasa janggal berhadapan dengan rutin harian yang totally lari daripada biasa. Tapi yang peliknya, masa berlalu macam air paip mengalir. Pantas. Aku lupa apa misi tahun ini, aku lupa apa yang penting perlu didahulukan, semua lah aku lupa.

Satu benda yang keeps me awake... The phone.

SHIT lah.

Malu dengan diri sendiri.

Malu dengan mak ayah.

Malu dengan anak-anak.

Malu dengan Tuhan.

Punyalah banyak perkara yang sepatutnya selesai dalam masa terluang. Tapi aku pilih untuk chill dan kaji dunia semasa. Bukan lah sangat pasal how to build good business atau pasal how to make good investment... tapi lebih kepada perkara remeh yang tak perlu pun untuk diambil peduli. Entah apa yang aku sibukkan sangat pasal dunia.

Masa-masa ni juga, ramai orang sepi. Aku rasa semua orang masih panik. Aku tak dapat involve in  fruitful conversation. Semua mesej masuk bukan pesan-pesan yang aku cari untuk bantu aku untuk terus keep calm. Banyak pun yang dipanjang-panjangkan daripada yang lain.

So apa cerita yang paling bagus boleh aku baca sekarang ni?



0 comments

Subscribe