Rumah Vs Tempat Kerja
9:26 AM
kita hidup dalam suasana everyone wants to be cool and supportive. Tapi sebenarnya, tak semua yang kita buat itu benar-benar ikhlas dari hati kita.
Kita sememangnya kena faham dengan realiti zaman ini, semua orang lebih banyak habiskan masa di tempat kerja berbanding rumah. Suami, isteri, anak-anak... kita ada another world yang kita bina di luar rumah. Di mana semuanya akan jadi berbeza. Tingkah laku, cara bercakap, cara bersosial semuanya berbeza. Suasana di tempat kerja yang lebih ramai orang boleh bergaul, lebih banyak aktiviti yang boleh dibuat membuatkan kita selalu terlupa yang kita ada priority yang kita sudah tinggalkan...
rumah...
dan isinya.
Bila di rumah, kita jadi orang yang lain. Segala kepenatan di tempat kerja, kita hempaskan ke ruang isi rumah. Rumah menjadi sepi, isi rumah hilang.
Saya menjadi saksi. Melihat bagaimana kita mudah berubah semata untuk jadi cool di hadapan orang lain, dan tidak menghiraukan sama ada tingkah laku kita itu akan mengecilkan hati orang lain.
Saya melihat bagaimana mereka mudah bergaul sesama sendiri, bertepuk tampar, berborak manja, berswafoto, walaupun hakikatnya ada di antara mereka sudah pun bergelar isteri/suami orang. Pada mereka, chill lah... suka-suka sahaja katanya. "come on... sporting sikit". Yep itu realiti...
Kita perlu jadi cool semata untuk tidak digelar jakun mahupun membosankan. Kita perlu menganggap perkara itu bukan satu kesalahan, kita perlu menganggap ia adalah dibolehkan kerana kawan-kawan setempat kerja. Kita cuba untuk tegur, tapi tak mampu. Nanti kita akan dipulaukan. Kita cuba nasihat cara baik, tapi dikatanya kita berfikiran negatif. Kita cuba membantu untuk menghindar, tapi semakin rapat...
Makanya apa saja boleh kita buat? Mengizinkan perkara itu terus berlaku di hadapan mata kita sehingga nanti terkena dek batang hidung sendiri?
Atau sebenarnya dah terkena pun?
0 comments