Diam
Perlu lagi lama kah aku terus berdiam?
Untuk melupakan kisah minggu yang lalu bukanlah semudah yang dikata. Untuk memafkan, lama sudah terjadi, tapi untuk melupakan ia bagaikan cuba menggosok kertas yang telah renyuk seribu. Sampai ke hari ini, masih terasa mata berdenyut, bisa masih terasa. Terasakan seperti sudah terlalu kering kerana habis sudah semua air mata.
Munking untuk orang lain ianya satu perkara enteng yang harus saja dibiarkan berlalu. Sememangnya aku sudah biarkan hari itu pergi, dan aku juga telah move on. Namun hakikat untuk meneruskan hari yang baru itu juga perlu dengan cara yang baru. Cara aku yang baru... Lebihkan berdiam. Kerana diam itu lebih menyelamatkan diri daripada sangkalan jahat...
Kerana merasakan diri kita lebih baik dari orang lain itu, adalah satu perkara paling sombong yang manusia selalu terlupakan...
Malahan pula aku seringkali berfikir... besar sangatkah kesilapan aku hingga aku perlu dibandingkan?