Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan diri aku sejak-menjak ini. Tiada lagi sibuk memikirkan apa yang perlu dimasak untuk hari ni , atau pun esok-esok. Untuk fikirkan ramuan menu makan pun aku sudah hilang selera, apatah lagi mahu masak dan makan. Tiada yang menyelerakan tekak untuk disapa... Semua nya jadi tasteless... Secawan nescafe aku order di cafe awal pagi tadi terasa tersangat pahit...