TANDA TIDAK SIHAT PART #1

11:00 AM

Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan diri aku sejak-menjak ini.

Tiada lagi sibuk memikirkan apa yang perlu dimasak untuk hari ni , atau pun esok-esok. Untuk fikirkan ramuan menu makan pun aku sudah hilang selera, apatah lagi mahu masak dan makan. Tiada yang menyelerakan tekak untuk disapa... Semua nya jadi tasteless...

Secawan nescafe aku order di cafe awal pagi tadi terasa tersangat pahit bagaikan kopi tanpa gula. 

Mungkin musim panas sekarang ni tidak berapa serasi dengan aku, walau pun kadang-kadang waktu malam ada renyai hujan. Tapi mood nya sama saja seperti tiada apa-apa.

Suhu panas sejuk, dah tak tertanggung lagi dek badan.

Sama ada aku gahkan diri ke klinik dan minta doktor jalankan kewajipan seafdhalnya... atau aku tangguh dan rilek dulu dan terus gah menahan sakit.

...

Rilek dulu ada bagus kot. 

1 comments

Subscribe