AKU MAHU SENJATA ITU
10:43 AM
Pernah dulu kau mahu bersuara, tapi tetulang lidah itu tidak lembut bicara yang bakal terpancul. Ia penuh dengan hiba dan rasa malang.
Lantas kau rela diam... tanpa senjata.
Setiap tahun dan pada tarikh yang sama, kau rela kelu dan rebah ke tilam keras. Dan kalau boleh semudah membayar untuk padam segala cela yang pernah gelapkan masa lalumu, maka kau rela menjadi raja menabur jongkong emas hatta permata sekali pun.
Tapi kau rela diam... tanpa senjata.
Setiap hari kau hambakan diri pada tuhan, kau kalungkan doa dan air matamu pada tuhan yang tidak pernah kau tau dimana tapi kau percaya akan hadirNya. Kau sujud, taubat minta segala hitam hidupmu dihapus sedikit demi sedikit sebelum kau tewas.
Kau cuba diam...
Aku bukan dewa, yang punya sakti tamingsari boleh kebalkan hati mu daripada setiap sakit dan celaka. Aku bukan manusia sempurna yang ada kitab hikmah untuk kau jadikan pedoman hidup. Hidup aku kosong, hati aku daging mentah... otak fikiran aku sumpah belum seranum akalmu. Kau lebih hebat dan jauh terlalu hebat daripada aku.
Tapi kau terus diam... pada kau, kau tiada senjata.
Dan bila kau rasakan kau sudah cukup lama bertahan, susah lelah kau bermadah kata, habis usaha kau memberi jasa... dan kau katakan Cukup. Cukup. Aku tidak mahu berair mata... aku tidak kuat mengikat hati.
Tapi kau tetap diam... kau persiapkan segala senjata.
Tapi pecaayalah kak... dalam setiap sela manusia yang pernah aku kenal, dan aku lihat... Kau ada satu istimewa.
Senjata mu adalah sabar kak... Senjata yang paling susah dimiliki oleh seorang manusia... hamba tuhan yang paling mulia adalah yang memiliki sifat Sabar yang tinggi. Dan kau ada itu.
SABAR. Itu senjata mu kak... biar pun kau diam. dan terus diam. Tuhan tahu... itu adalah senjata yang tuhan janjikan untuk kamu.
0 comments