Perempuan tipikal

9:21 AM

October 17, 2013 at 7:21am

Aku pernah mimpi ke tanah osaka
Belayar merata ke kepulauan eropah
Angan aku besar poket kaut habuk
Ingat aku cuma makan gaji
Dan masih berhutang budi
Aku jadi rosak kalau meminta-minta
Sebab aku tahu itu nafsu paling binasa

Aku tak harap dijulang tinggi
Cukup dilayan dengar, cukup dipercik kasih
Aku bukan senorita bersanggul mawar
Badan gempal rambut masai senyum tawar
Siang aku cuma makan gaji
Tiba petang aku bersengseng lengan jadi suri

Aku cuma susuk tubuh diseri ovari
Sama macam kamu-kamu yang lain
Melepas agony di dalam bilik mandi berkunci

Aku sama macam kamu-kamu yang lain...
Perempuan tipikal yang tempatnya di dapur kadang di bilik
Perempuan tipikal yang melihat kemas itu seni
Perempuan tipikal yang rasa bau harum itu suci
Perempuan tipikal yang katanya no 1 itu suami
Perempuan tipikal yang menatang anak sampai berurat besi
Perempuan tipikal yang menangis bila rindukan ummi
Perempuan tipikal yang mengenang masa silam dengan benci
Perempuan tipikal yang mahukan masa depan yang indah tapi perit

Mungkin tipikal itu yang paling sinonim
Walaupun jalannya kadang tak seiring
Gelaknya pulak kadang ada yang sinis
Mungkin tipikal itu juga pemberat bahu
Kerana perempuan itu nafsunya 9
Dan akalnya cuma 1...

0 comments

Subscribe