Bukan mimpi

10:49 PM

Selalunya sebelum tidur... Segala khayal akan mula mencelah di kotak minda. Semua yang manis dan pasti menjanjikan bahagia. That moment bila khayal kita tak mati dan dibawa masuk ke alam mimpi. Waktu itu jasad kita mati sekejap. Tapi akal, nadi dan nafas masih bersatu dalam diri. Kita senyum... Walaupun waktu tu kita cuma dalam mimpi. Masa itu kadang-kadang semua yang mistahil jadi realiti. But not that real... Lebih kepada kita atas pentas drama kehidupan sendiri. 


Bila terjaga. Sama ada kita puas atau sedih atau penuh dengan rasa sesal. Tapi yang nyata kita kembali hidup dalam dunia sebenar. Semua manis yang kita kecapi tadi hilang! Atau mungkin juga cubaan melarikan diri daripada bala ngeri yang kita mimpikan tadi juga sudah lenyap. 

Kita rasa lega! Lega sebab punya peluang merasakan satu detik yang manis atau lega kerana segala kisah hitam itu cuma mainan mimpi. 

Kita mulakan hari baru. Dengan rutin yang sama dan berharap akan punya peluang kedua. Harapan untuk terus mencuba jadikan mimpi manis itu benar-benar terjadi. Siapa yang tak mahu selamanya rasa bahagia?! Org yang kurang waras juga mahu senyum dan ketawa sepangjang masa...

Aku cuma orang biasa. Seorang perempuan yang 30an sudah berkahwin dan harian aku adalah dengan komputer. Tak! Aku bukan pakar, tapi aku punya determination yang tinggi dan komited dengan kerja. Belum lagi punya anak dan membesar di kalangan semuanya juga adalah perempuan. Faham maksud aku kan?

Hari-hari harus berperang dengan emosi. Untuk jadi seorang yang berbakti pada keluarga walaupun hakikatnya aku jauh daripada sempurna. Fikiran aku melayang pada apa yang bakal jadi 5 tahun akan datang... Apa yang aku buat ini atas asas fikiran yang waras. Atau semata aku cuma mahu mengejar mimpi?

0 comments

Subscribe