DETIK-DETIK TERTINGGAL
2:05 PMSekarang, untuk penuhi rutin harian makan tiga kali sehari bukanlah lagi satu kewajaran. Biar pun pagi tu bergolak perasaan menahan lapar... atau pun tengah hari sudah mula berasa sesak perut dengan angin yang yang berpusing-pusing seperti kepak kupu-kupu yang kepanasan.
Bukan sebab pasal duit! Kalau pasal duit semata berjimat makan... padahal sempat berbelanja yang lain itu namanya mencekak nafsu sendiri.
Alasan aku mudah...
Sebab mahu makan malam sama keluarga.
Aku mahukan makan malam itu satu detik bahagia untuk aku kongsi nikmat kelazatan, kekenyangan dan nyaman sama orang aku sayang!
Walaupun ada masanya aku berasa kebarangkalian untuk memetik api dapur gas itu terlalu sukar dan memerlukan kudrat yang hampir 99% tenaga sendiri... aku percaya kita sentiasa ada pilihan yang lain kan? Tidak semestinya makan di rumah kan? Makan di luar juga boleh bersama keluarga kan?
Tapi sekarang, masa itu satu nilai yang terlalu mahal.
Sangat mahal dan sukar dibeli.
0 comments