MANUSIA BIN/BINTI EGO

1:48 AM

Apa yang kita nampak tak semestinya real.

Apa yang kita dengar tak semestinya betul. 
Apa yang kita tunjuk tak semestinya ikhlas. 
Apa yang kita cakap tak semestinya jujur. 
Bila kita diam tak semestinya kita setuju. 

Semua di atas tu jadi atas sebab satu perkara... Ego!

Ego untuk percaya atau ego untuk mengaku salah. 

Untuk bercerita tentang manusia adalah suatu perkara yang paling senang. Kau kenal orang tu kau akan judge dia secara peribadi. Kalau kau tak kenal orang tu kau akan judge dia secara membabi buta. Simple as that. 

Satu masa kau akan benci dan tak pelik satu masa kau akan puji. 

Manusia bukan pelik cuma subjektif. Siapa kita untuk tentukan dosa pahala sesama kita apatah lagi mahu tunjuk pintu mana yang mereka patut tuju...
Syurga atau neraka. 

Yang paling nyata, manusia ni ada satu perangai, mereka tak boleh ditegur. Itu paling betul. Berani tegurlah... Esok-esok dia akan protes di facebook dengan cara "membabikan" atau "mendosakan" atau "memfasikkan" orang lain. 

Tak percaya? 
Percayalah sekarang dunia internet oiii!


0 comments

Subscribe