Post Op Part I

2:15 PM

Aku akui, bukan senang untuk aku sembunyikan perasaan. Senyum tapi sedih, ketawa tapi terluka. Aku yakin kalau kau boleh masuk muat ke dalam sepatuku, kau mungkin akan faham sebahagiannya. Aku tahu aku tak patut terusan berdiam... tapi cuma itu yang mampu buat aku bertahan sehingga kini. Mungkin cara kita berbeza, tapi mungkin itu saja cara kita rungkai bahagia. We have our own path right?

Hari ni genap dua minggu selepas pembedahan. Aku masih mencuba sehabis baik untuk terus kuat dan sihat, supaya tidak terusan berharap pada orang lain untuk membuat segala kerja. Atau meminta-minta pertolongan. Walau tidur malam ku tak pernah lena, setiap suapan nasi jugak tidak terasa kenyangnya. Tapi sudah terlalu banyak masa ditelan semalam... aku hampir lupa sudah banyak hari juga aku tinggalkan sebelum menjelang tahun baru.

Ini bermaksud juga cuma tinggal dua minggu saja lagi sebelum aku menduduki peperiksaan akhir semester. Dua kertas ujian bakal menanti dan aku cuma hanya boleh berharap aku tidak gagal.

Dalam saat-saat begini, keadaan yang aku lebih sakit daripada yang lain, keadaan aku lebih sugul daripada yang lain, keadaaan aku lebih sepi daripada yang lain. Aku tiada pilihan melainkan untuk paksa diri fokus pada ulangkaji. Sudah tidak cukup masa untuk beremosi, sudah tidak cukup masa untuk bersedih. Biarpun hati aku cepat terluka dengan kata-kata orang lain, biarkan hati aku cukup terasa dengan sindiran orang lain.

Waktu mereka gembira dan bangga dengan kelahiran yang baru, aku perlu tunduk dan redha, aku mungkin tidak akan pernah rasa segembira mereka, dan mereka seharusnya tidak perlu mempersoalkan perihal itu pada aku. Cukuplah biarlah aku saja begini, dan aku tahu kau itu cuma lebih sihat daripada aku. 

Selamat tinggal rantai kasih... selamat tinggal.

0 comments

Subscribe