Awal tahun ini dibanjiri dengan dugaan... satu dunia terasa kesannya. Semua tak bersedia, ada yang masih seperti tidak percaya. Mula-mula semua sibuk menghitung hari, sekarang sampaikan hari apa pun dah tak sedar. Tau-tau sudah Jumaat, dan Jumaat pun sudah tidak riuh kenderaan bergegas ke masjid. Rasa janggal berhadapan dengan rutin harian yang totally lari daripada biasa. Tapi yang peliknya, masa berlalu macam air...