SEMBUNYI DAN NANGIS
7:53 PMSejak akhir-akhir ni, kita sering dihantui dengan bermacam-macam isu ngeri yang menjadi drama percuma setiap malam kita selama satu jam bermula jam 8 malam. SETIAP HARI.
Kita tak minta berita dan cerita ngeri itu menjadi habuan sampingan makan malam kita, tapi kita tiada pilihan, kita kena tahu isu semasa dunia... negara kita. Pelan-pelan aku cuba cepatkan masa, cepatlah habis satu jam itu, supaya aku boleh segarkan mata dan jiwa aku dengan kisah yang lain, kisah yang mungkin boleh bawa aku jauh daripada senak dan sesak dek bebanan kerja.
Cerita pasal kerja, pun boleh dispesifikasikan sebagai kisah ngeri juga! Kisah ngeri kerja aku ni semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Entah apa, dan mana anasir mistik yang datang yang menyebabkan hari-hari aku bangun pagi dengan niat "Malassnya nak pergi kerja hari ni". Itu aku sekarang... antibodi aku semakin lemah bukan sebab virus / bakteria... tapi sebab vibe negatif yang semakin menular ke setiap pelusuk saraf badan sehingga menyebabkan tekanan yang mendalam dalam jiwa. Ya! Itu aku yang sekarang...
Dan aku rasakan sangat kelakar kalau aku cerita pasal sesak kerja aku pada sesiapa sekarang ni...
switch case
Aku cuma perlu diam, sembunyi dalam toilet, nangis...
Ya itu aku sekarang... !
0 comments