SABAR YANG TERCELA

1:39 AM

Masih banyak dalam kehidupan sebagai aku yang belum boleh aku telan mentah-mentah. Masih terlalu deep justifikasi setiap perilaku dan percakapan yang harusnya aku asah. Masih terlalu banyak selok-belok kehidupan yang perlu aku hadap.

Kehidupan sebagai aku, dan logiknya sebagai manusia, dan pastinya kita semua saling berbeza, mungkin bukan satu yang unik jika mahu dibandingkan dengan golongan mereka yang boleh aku kategorikan sebagai emosional. 

Aku… punya hati yang paling fragile. 

Bukan mudah untuk jadi aku, oh mungkin lebih baik aku khususnya sebagai manusia… dan oh ya, ingat manusia ini berbeza-beza!

Setiap yang terlintas dalam fikiran kita apatah lagi bila ianya berlaku sewaktu kita kurang rasional untuk membuat keputusan, berlaku dalam keadaan hati kita yang tidak tenang, berlaku dalam keadaan jiwa kita yang sedang berantakan, berlaku di saat badan kita terlalu penat dan lelah, berlaku masa kita dihimpit dengan macam-macam dugaan… dan terutama sekali bila ianya berlaku di saat kita terlalu jauh daripada tuhan. Pasti apa yang terjadi dan terbias dari dalam diri kepada tatapan umum adalah mana yang hanya paling celaka.

Dan mereka yang lain pasti tidak akan cedok kenapa dan mengapa, tapi kita akan dihambur dengan setiap refleks negatif yang tidak pernah akan terfikir dek otak ka… oh ya, ingat tadi aku dah katakan, sebab kita bertindak dalam waktu kita kurang rasional. 

Untuk setiap yang telah terjadi, salah, kesal dan kecewa… kita cuma boleh takup muka dan kata… Shits happened. Dan still, kita takkan lihat cermin dan pernah terdetik dalam hati kata "Aku yang bersalah" atau "ini semua salah aku".

Kita cuba kawal diri… kita pacak segala cerucuk besi yang boleh defend diri sendiri daripada setiap sula salah. 

Itu hakikat… manusia. Serius. 

Betul, macam yang aku nyatakan awal perenggan tadi, aku adalah manusia paling emo. Aku emo dalam segala macam hal, daripada sekecil isu apatah lagi yang besar bebal. Aku akan jadi manusia paling emo dan biasanya aku gagal tepis… ya, itu adalah satu antara beribu kekurangan aku yang masih belum berjaya aku padamkan.

Jangan tanya daripada mana aku dapat semua itu, jangan tanya kenapa aku begitu. Jawapannya akan jadi bias… dan paling takkan masuk akal. 

Tapi sekarang mungkin aku sedar, atas satu demi satu cerita kehilangan yang aku tatap, baca, dengar, dan lihat di hadapan mata aku. Aku sedar satu-satunya senjata yang boleh menangkan jiwa manusia, dalam apa cara dan situasi sekalipun, dalam setiap apa pun hujah… perisai yang paling solid dan takkan  bawa hati dan jiwa kita terperosok ke lembah duka adalah SABAR. 

0 comments

Subscribe