KITA JUGA SAMA DENGAN BINATANG, BEZANYA CUMA APA?

12:42 PM

Apa yang kita mahu tahu pasal dunia, sekarang ini tidak lagi kita perlu kembara ke sana-sini, semuanya sudah ada di depan mata, hujung jari. SUCK it! Fuck it if it real or not... no one cares. Mereka cuma mahu satu jenis hiburan, yang diselangi dengan provokasi dan untuk tahu siapa lebih wajar digelar "Keyboard Worrior". 

Siapa paling banyak beri pendapat... neither fact or fiction... dia lagi hebat. Seriously, we all need to suggest to Zuckerberg, award those who got the most likes! They have unite the nation!

Aku tak tahu dari mana dan cara bagaimana harus aku salurkan rasa rindu dan jiwa yang meronta-ronta mahukan barangkali secebis kata manis yang dapat berikan anjakan paradigma... kali terakhir aku selalu dengar ayat anjakan paradigma ini waktu aku sekolah dulu, yang manjadi ayat popular dalam pertadingan debat antara sekolah. Semuanya mementingkan anjakan paradigma... tapi dalam konsep yang bagaimana?

Kita dalam dunia yang masih berpusing rodanya... setiap masa dan ada kalau kita di atas atau di bawah. Sama ada kita pernah sedar atau tidak, sebenarnya kita dibayangi dengan ego dan emosi sendiri. Yeahh... Aku akui. Aku juga antara mangsa predator sendiri... akul lah mangsa, dan aku juga predator.. Aku makan segala manis kehidupan semata menyokong mereka yang beremosi, dan aku menjadikan mereka mangsa semata kerana terima suapan emosi aku jua. So mana silapnya kita? 

Apa salah ka kalau kita mahu beritahu dunia tentang pendapat kita? Tak salah... tak pernah ada siapa pun yang kata pendapat kita ini perlu menurut skrip yang ditapis sebelum diumum pada orang ramai. Tak perlu... sebab itu adalah hak. Tapi perlu ingat, orang lain juga ada hak untuk menilai setiap apa yang kita katakan. 

Aku bukan orang kaya, tidak punya syarikat besar tiada rumah, belajar juga masih berhutang dan kereta juga berhutang. Aku adalah seorang kuli, ya kuli pada kerajaan negara aku yang sentiasa menerima kutukan daripada seluruh rakyat yang mahukan keadilan dan hak asasi bersama. Aku adalah kuli yang tiada tahu ke mana hala tuju aku, entah esok entah lusa aku mungkin tiada lagi rezeki di sini...

Tapi selama mana aku di sini walau sebagai kuli, hatta sebagai anak mahupun isteri... aku tetap manusia... manusia yang masih didorong dengan emosi. Dan cukuplah aku terhasil cela begini, it kills me to see those young people who sees the world through the eyes of facebook... Fuck social network.

0 comments

Subscribe